Thursday 9 June 2016

Rawatan Susulan Slip Disc

Rawatan susulan pembetulan tulang belakang yg juga meliputi tulang pinggul/sendi dan saraf bagi pelanggan saya dari Kuchai Lama. Beliau sebelum ini disahkan mengalami sakit 'SLIP DISC' dan hampir2 menjalani pembedahan sehinggalah beliau diketemukan dengan saya. Dengan izinNya masalah beliau semakin menunjukkan pemulihan. Dengan beliau jalani beberapa kali lagi sesi rawatan, in sya Allah masalah sakit belakang dan ketegangan otot akan semakin berkurangan.
Saya doakan beliau lebih sihat dan mudah jalani rutin harian. Dengan ilmu yg saya ada dan dengan perkongsian yg tak seberapa, moga ilmu saya juga diberkati untuk berkhidmat dengan tuan2/puan2.
P/S : Antara terstimoni pelanggan saya, dengan pasien jalani juga latihan kendiri di rumah, pemyembuhan masalah slip disc akan cepat pulih.

Pm/tel saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.


10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa :

1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan, Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).

2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. 

3. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.

4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.

5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

6. Ubah gaya hidup: Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.

7. Rehat: Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. 

8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.

9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.

10. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
Selamat menunaikan ibadat puasa semua.
sumber: kevin zahri