Saturday 4 November 2017

TERAPI AKUPUNTUR BERHENTI MEROKOK

TERAPI AKUPUNTUR BERHENTI MEROKOK.

Kepada tuan2 yang ingin ikhtiar berhenti merokok, pihak D'Hijrah Naturopathic Centre menyediakan kaedah terapi akupuntur di mana ada beberapa spot tertentu yang akan dicucuk dengan jarum akupuntur. Sakit ke. Pihak kami jamin, kaedah ini tak menyakitkan.

Ada hadiah dari pihak kami iaitu ubat detok homeopati yang kena dimakan selepas jalani terapi akupuntur.

Berapa ya maharnya. Per sesi RM50-00 yang mengambil masa dalam minima 30 minit. Disyorkan seminggu sekali terapi akupuntur yang kena dijalani.

Semoga ikhtiar tuan2 dipermudahkan dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan seharian.

Whatsapp / hubungi 012 2247213 untuk temujanji.

TERAPI KURAPUNTUR (AKUPUNTUR PERUT)

Assalamualaikum...
Memperkenalkan 1 kaedah dari cabang Akupuntur...Suatu kaedah yg amat baik dan amat berkesan jika dilakukan dengan ilmu yg benar. Insha Allah akan diperkenal dan dikembangkan oleh Perawat Melayu Islam di Seri Kembangan untuk membantu masyarakat di luar sane yg memerlukan.
################
👉Apakah Abdominal Acupunture @ Kurapuntur
Akupuntur Perut @ Kurapuntur merupakan cabang 1 ilmu akupuntur dari teori asas TCM, kemudian dikembangkan menjadi suatu ilmu akupuntur "mikro" oleh Prof. Dr. Bo Zhi Yun melalui pengalamannya sebagai doktor di China selama 30 tahun. Kurapuntur adalah teknik akupuntur dari Negeri China yang sangat unik. Seperti ilmu Akupuntur Tangan, Akupuntur Kepala dan Akupuntur Telinga, begitu juga Kurapuntur, berdasarkan titik-titik Meridian dan Non Meridian yang membentuk seperti Kura-kura pada bahagian perut. Berfungsi utk membantu merawat pelbagai jenis penyakit, menambah daya tahan tubuh dan meningkatkan tenaga vital kerana perut diakui sebagai "otak" kedua yang mempunyai jumlah sel-sel saraf terbesar selain otak. Setiap titik@point pada kurapuntur memberi kesan kepada seluruh tubuh.
👉Apakah kebaikan dan kelebihan Kurapuntur.
Kaedah ini amat baik utk membantu:
1. Menggunakan lebih sedikit jarum utk membantu keseluruhan masalah berbanding Akupuntur Konvensional.
2. Lebih berkesan dan cepat bertindak.
3. Baik untuk membantu pesakit yang berada dalam keadaan lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
4. Kesan yang amat baik utk membantu merawat penyakit akut dan kronik.
5. Dapat membantu merawat lebih banyak penyakit dalam 1 sesi berbanding Akupuntur Konvensional.
6. Sangat baik untuk membantu masalah kesuburan.
7. Berkesan untuk membantu masalah Stroke, Parkinson dan lain2.
8. Membantu menurunkan berat badan.
9. Meningkatkan mood dan tidor yang berkualiti.
10. Berkesan untuk membantu masalah kencing manis.
11. Menguatkan buah pinggang.
Rawatan dengan temujanji saje.
Whatsapp / tel 0122247213

STOK BARU KAPSUL RESDUNG

Stok kapsul resdung yang baru sampai. Elok diamalkan selepas jalani terapi resdung untuk rawatan secara dalaman untuk mencairkan lendir, seterusnya melancarkan pernafasan.
Kapsul 60 biji pada harga RM39.90.
Whatsapp / hubungi saya di 012 2247213 untuk pembelian produk. Cepat2, stok terhad.

SALAH BANTAL

Dah 2 hari juga pelanggan sakit salah bantal sampai sakitnya menjalar ke kepala. Terapi urutan dan bekam diaplikasikan, seterusnya memberikan kelegaan kepada beliau.
Sedikit hadiah gerakan terapi Yumeiho bagi memberikan kelegaan yg lebih maksimum kepada beliau.
Bagi sesiapa yang mengalami masalah sebegini bolehlah ikhtiarkan kaedah terapi alami.
Whatsapp / hubungi saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.

Thursday 18 May 2017

Testimoni Bekam

Testimoni dari pelanggan dari Bangi yang mengalami sengal2 bahu. Sesi intensif di spot berkenaan menghasilkan rasa lega yg teramat buat beliau.
Yang baik kita kongsi2kan ya. Sembuh dengan izinNya.
Whatsapp / tel saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.
#jombekamsunnah
#bodyalignmentyumeiho
#terapiresdung
#terapiakupuntur
#rawatanalami

INFO BEKAM

Monday 8 May 2017

DETOK DENGAN HEALS DROP

Stok baru 'Heals drop'
Healsdrop.

(Titisan Penyembuh) formulasi gabungan herba Nusantara yg diekstrak secara Homeopathy & Naturopathy.
Mampu membantu meningkatkan fungsi organ yang telah menurun dan merawat pelbagai penyakit gayahidup spt Kencing manis, Darah tinggi, Kidney, Liver, Pankreas, Jantung, Immune Systems dll. Result mampu dilihat seawal 2 minggu.


1 botol utk 1 bln,
Dosage: 10 titis dlm 1 botol mineral kecil 500ml digoncang, terus diminum, sekali gus.

Sehari 3 x.
Result boleh nampak kurang 2 minggu.
DETOX - REPAIR - PREVENTION.

Hubungi sy di wassap 0122247213. Utk order.
Mencegah dan membantu merawat lebih 20 jenis penyakit berkaitan fungsi tubuh dan gaya hidup.
Spt K.M, D.T, Jntung, Gout, Batu Karang, Hepatitis, Dll.

Untuk info, Lifestyle desease hanya boleh sembuh dgn ubah gaya hidup sehat, selain guna healsdrop. Boleh ambil lama mana pun bergantung tahap keseriusan penyakit, bgmnpun dos homeopathy sgt kecil (10 Titisan) dan sangat selamat. Berbanding cara tradisional yg guna ekstrak crude (satu jag jd secawan) yg cepat bertindak tapi bahaya kepada organ spt liver & kidney.
Side effects langsung takde, hanya sedikit healing crisis spt kerap kencing, berak, berpeluh dan sengal2 badan, tanda detoxification dan proses pemulihan sedang berlaku. Gambar di bawah adalah testimoni pelanggan saya dari Kajang yang dah mengamalkan heals drop bagi merawat masalah athritis dan gatal2 jari beliau. Alhamdulillah dah mula menampakkan kesan positif. gatal2 jari semakin berkurangan. kalau tidak gatal2 jari beliau tak hilang semasa menggunakan krim dari farmasi yg dibeli dulu.


Whatsapp / call saya di 012 2247213 (Yop Khairul) untuk pembelian stok. Harga RM55 sebotol


Yumeiho Bekam



Alhamdulillah..ada riak gembira pelanggan saya dari Kinrara yang kali pertama jalani terapi Yumeiho dan bekam pada usia menghampiri 60an. Direkomenkan oleh rakan beliau yg pernah jalani terapi Yumeiho bagi masalah tulang belakang dengan saya dulu. Respon segera katanya badan lebih ringan dan penglihatan lebih terang berbanding sebelum berbekam. Itupun belum lagi bekam di spot kepala dan pelipis mata yang biasanya lagi membantu mencerahkan lagi mata pasien dan mengurangkan masalah silau dll.

In sya Allah, banyak kelebihan berbekam yang elok diamalkan selain dari urutan/body alignment. Tidak lain adalah untuk lebih sihat.

Whatsapp / call saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.
Lokasi : Taman Lestari Putra, Seri Kembangan


Masalah Sakit Belakang


Selepas jalani terapi Yumeiho

Antara kes pelanggan saya yang menjalani rawatan sakit belakang SEMALAM ialah abang dari Beranang yang menghadapi sakit belakang akibat salah postur. Pergerakan menunduk agak terbatas. Selepas menjalani sesi pelembutan otot, seterusnya mempermudahkan kerja2 'body alignment' yang saya jalankan ke atas beliau. Selepas dilakukan terapi Yumeiho, alhamdulillah masalah beliau hampir sembuh. Nak menunduk lebih mudah. Semoga perjalanan beliau ke negara matahari terbit minggu depan dipermudahkan.

Untuk pengetahuan anda, sakit sebegini biasanya kena dilakukan sesi terapi yg segera kerana kalau dibiarkan keluhan sakit mungkin akan bertambah. Untuk hasil kesembuhan yg lebih maksimum ,biasa saya kongsikan teknik senaman yang membantu menyembuhkan lagi sakit belakang pasien.

Kita ikhtiar, sembuh dengan izinNya.
Whatsapp / tel saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.
Lokasi : Taman Lestari Putra, Seri Kembangan

                              Sebelum jalani terapi Yumeiho


Thursday 16 March 2017

Ubat tidak selalu perlu, tetapi kepercayaan untuk sembuh perlu

Image may contain: text

TERAPI AKUPUNTUR BEKAM BELL PALSY


 Image may contain: one or more people and close-upImage may contain: drink
















Terapi akupuntur dan bekam bagi merawat simptom penyakit 'Bell Palsy' pasien saya dari Puchong. Otot muka terasa ketat, pipi jadi herot dan berdenyut2 dalam beberapa hari ini. Percakapan pun terjejas. Mudah2an sakit yang beliau alami akan berkurangan hendaknya. Kebiasaannya bagi masalah sebegini kena dilakukan dalam beberapa sesi untuk hasil kesembuhan yang maksimum.

Wassap / sms saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.

KENAPA BERBEKAM

Jom Bekam

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.
Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.
Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

KEKELIRUAN PERUBATAN BEKAM
Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu.

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr(homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf.
Beliau, yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.

"Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya.

"Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama.

Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih daripada penyakit itu.
"Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa orang guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi," katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

TOKSIN PUNCA PENYAKIT?
Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu alteri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim.
Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar.
Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.
"Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup," katanya.
Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.
Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok, katanya.
"Contohnya, gula dalam darah yang normal bacaannya 4 hingga 6, jika lebih daripada itu seperti bacaan 8 hingga 10 yang lebih itulah toksin. Begitu juga dengan kolestrol dalam badan.
"Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar," katanya.
PUNCA TOKSIN
Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.
Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.
Apabila seseorang itu mengalami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.

"Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat", katanya.
Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit kronik yang dihadapi tidak akan sembuh.
"Bukan nama penyakit itu yang harus dihilangkan kerana penyakit kencing manis, sampai mati tidak akan hilang. Begitu juga jantung dan darah tinggi.
"Yang penting orang itu yang harus disihatkan. Apabila orang itu diubati, penyakit itu akan hilang. Caranya dengan mengesan mana punca datangnya sakit itu," katanya.

BEKAM UNTUK PESAKIT KRONIK

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi akan menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.
Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu.
Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.
Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat didalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.

"Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya.

"Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul," katanya.
Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu.
Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.
"Kecenderungan untuk kembali kepada rawatan Islam itu telah ada. Cuma apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam rawatan perubatan bekam ini ialah menambah ilmu agar mereka diberi kepercayaan dengan ilmu dan kemahiran
yang ada.


WASSAP / SMS saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan


Lokasi-Taman Lestari Putra, Seri Kembangan
#JomBekamSunnah
#naturaldantanpadadah

TARIKH MUSTAJAB BERBEKAM

TARIKH MUSTAJAB BERBEKAM KINI TIBA LAGI !!!
17 JamadilAkhir - 16/3/17 @ Khamis 
19 JamadilAkhir - 18/3/17 @ Sabtu 
21 JamadilAkhir - 20/3/17 @ Isnin
Baginda Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit." 
(Sahih Sunan Abu Dawud, II/732)

BERITA BAIK BUAT WARGA SERI KEMBANGAN, PUCHONG, SERDANG, PUTRAJAYA dll.

JOM DETOK!!!
PAKEJ BEKAM serendah RM70 (nak pakej full pun ada) termasuk pemeriksaan percuma ;
- Pemeriksaan tekanan darah
- Bekam Luncur 
- Bekam Angin 
- Bekam Darah 13 Cup
Dan yang paling best, Tak Sakit...InsyaAllah
JOM HIDUPKAN SUNNAH BERBEKAM.
Tolong SHARE kepada kawan-kawan atau Ahli Keluarga yang memerlukan rawatan Bekam.
WASSAP /sms saya di 012 2247213 untuk tempah slot bekam anda.


Image may contain: 1 personImage may contain: text

Sunday 12 March 2017

Terapi Yumeiho

 
Image may contain: one or more people, people sitting, living room, table and indoor Terapi Yumeiho adalah terapi fundamental yg bukan hanya sekadar alignment tulang belakang dan sendi2 atau sekadar urutan kesegaran tapi berupaya menjadi pencegahan dan perawatan kepada pelbagai masalah kesihatan luaran dan dalaman apabila istiqamah dilakukan. In sya Allah telah banyak terbukti. Tanpa ubat-ubatan dan tanpa pembedahan.
Antaranya migrain, slipped disc, sakit belakang, haid tidak teratur, senggugut, sakit gigi, saraf tersepit, kebas2 tangan dan kaki, sakit belikat, lenguh2 tangan dan kaki, leher kaku, stres, kurang manpower, meringankan dan mencegah penyakit2 dengan meningkatkan sistem imuniti tubuh, melancarkan darah, memulihkan saraf, melembutkan otot2 dan memberi rasa awet muda.
Whattsap/sms saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan tanpa ubat dari saya, Yop Khairul.

Tuesday 7 March 2017


Bagi tuan-tuan / puan-puan yang mencari pelbagai terapi di bawah satu bumbung, bolehlah hubungi saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan


Apakah Sebenarnya Penyakit Resdung (Sinusitis)?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.

Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.

Seseorang itu akan merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Whatsapp / pm saya di 012 2247213 
Whatsapp / pm saya di 012 2247213 
Whatsapp / pm saya di 012 2247213 
untuk pemeriksaan percuma dan rawatan resdung
Image may contain: one or more people, text and close-up

Rata2 patient yang saya bekam darah, banyak angin kat badan diorang. Kat bawah ni sedikit info pasal angin dalam badan kita dan sebab musababnya yg saya petik dr seorang blogger yg perihatin mengenai kesihatan.
Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
•Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.
Selain dr beberapa kaedah untuk mengurangkan angin seperti banyak minum air masak, makan bawang putih, minum air halia, berurut, BERBEKAM juga cara yang amat efektif untuk menarik keluar angin daripada badan kita (cuma berbekam blogger ni lupa nak letak).
Tu la bila lepas berbekam bila mana darah kotor dan angin keluar serentak, kebiasaannya badan patient akan rasa ringan dan lega samada 'immediate' atau keesokkannya.
Siapa yang belum mencuba berbekam, saya amat2 syorkan. Dah banyak testimoni dr patient di luar sana.
Yop Khairul 012 2247213

TERAPI WARNA



No automatic alt text available.

Jom kita applikasikan dalam kehidupan seharian

TERAPI AKUPUNTUR







Image may contain: one or more people and phoneImage may contain: flower and food
Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.

Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.
Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .
Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan .
Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .
Kesimpulan.
Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan .
Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur.
Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden.
Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.
WASSAP 0122247213 untuk temujanji rawatan

Monday 6 March 2017

Adakah anda mengalami masalah sakit belakang, slip disc, migraine, saraf tersepit, kebas-kebas tangan dan kaki, sakit belikat, lenguh tangan & kaki & masalah tulang belakang...
Dapatkan Diagnosa Pemeriksaan secara PERCUMA...
Kepakaran kami ialah membantu anda mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan sendi, tulang belakang & tulang pinggul dengan kaedah sangat terkenal di Jepun yang dikenali sebagai Yumeiho. Ia sangat selamat, efektif dan tidak menyakitkan.
Terapi Yumeiho memang terbukti telah membantu ratusan ribu pesakit slp disc, sciatica dan lain-lain di seluruh dunia tanpa penggunaan ubat-ubatan kimia dan pembedahan melalui banyak testimoni-testimoni sebelum ini. Kami merupakan perawat yumeiho yang terlatih dengan Institut Yumeiho Jepun. 
 
Untuk mendapatkan pemeriksaan percuma, sila sms @ whatsapp sekarang:
YUMEIHO <Nama Anda> <Lokasi Anda>
Hantar ke 012-2247213.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 012-2247213 atau kunjungi kami di:

Pusat Rawatan D'Hijrah Naturopathic Centre di alamat:
No. 15 Jalan LEP 6/2, Taman Lestari Putra, Seksyen 6,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.