Sunday 8 December 2013

REPEAT BEKAM

Sesi bekam ke dua buat adik beradik petang tadi yg agak panjang juga. Sdra Zuhairi kali ke 2 berbekam. Kali terakhir berbekam dalam setahun lebih. Beliau mengadu sakit/lenguh di bahagian kaki memandangkan tugas beliau sebagai anggota keselamatan, adakalanya kena berdiri lama. Kemudian berubah fikiran untuk buat bekam overhaul terus.

Alhamdulillah, mana nak sangka, selepas berbekam memang darah kotor dalam kategori banyak/likat berjeli juga beserta angin dikesemua cup. Juga di bahagian tertentu kaki beliau banyak juga darah kotor yg agak pekat.

Manakala adik beliau, sdra Zulhusni kali terakhir berbekam dengan saya dalam 1 1/2 bulan lepas. Beliau mengadu sakit2 di bahagian bahu berdekatan leher kanan dan di sekitar otot saraf tunjang sebelah kiri tengah. Urutan yg saya lakukan memang mengesan sendi yg agak tegang di bahagian berkenaan dan juga sekitar belikat dan bawah leher.

W/pun jarak berbekam sebelum ini yg tak berapa jauh tapi boleh dikatakan hampir keseluruhan cup banyak darah kotornya dan agak pekat beserta angin. Boleh dikatakan sebagai 'timing' yang bagus juga kedatangan beliau ke pusat rawatan saya tatkala badan beliau dah mula bagi isyarat sakit-sakit. Janganlah ditunggu lagi. Makan ubat tahan sakit atau ubat angin boleh, tapi biasanya bertahan untuk tempoh yang sementara. Jadi ikhtiarlah dengan berbekam. Saya sedia membantu anda.

Semoga mereka berdua diberikan kesembuhan yg maksimum..in sya Allah.

Yop Khairul 012 2247213
Call/sms/whattsap untuk temujanji bekam.
Selesai membekam sahabat saya, Kamarul hari Jumaat baru ni. Kali terakhir beliau berbekam dengan saya dalam awal bulan 10.

Kali ini untuk servis badan semula bila dah ada tanda2 lesu badan. Tak dilepaskan beliau berbekam dikepala yakni poin terbaik berbekam. Beliau juga bagi tahu dah lama tak sakit kepala semenjak amalkan bekam ni.

Terlebih dahulu urutan belakang badan saya lakukan. Memang ada mengesan sedikit ketegangan otot di sekitar tulang belikat dan sepanjang otot saraf tunjang.

Hasilnya selepas dibekam, hasilnya agak memberansangkan. Rata2nya cup sekitar bahu menghala ke kepala memang banyak darah kotor yg agak pekat beserta angin badan.

Bekaman di kawasan kaki juga dah mula mengesan kehadiran asid urik berbanding sesi bekam di awal bulan 10 dulu. In sya Allah servis bekam di kaki juga dapat mengatasi masalah kaki cepat lenguh/kebas2 atau 'cramp'.

Alhamdulillah, sebaik sahaja selepas berbekam, beliau bagi tahu badan rasa ringan. Haa..hanya tuan punya badan yang akan rasai sendiri.

Yop Khairul 012 2247213
 
Unl

KELEBIHAN BERBEKAM DI KEPALA

Point bekam dikepala ini paling istimewa. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 100 penyakit. 
Untuk melakukan bekam di bahagian kepala, pesakit kenalah bercukur dahulu.
Antara kelebihan di puncak kepala:

1) Dapat meningkatkan daya ingatan dan memori.

2) Dapat menajamkan penglihatan dan mengurangkan rabun.

3) Dapat menyembuhkan masalah saka dan sihir

4) Dapat menyembuhkan sihir santau

5) Mampu menyembuhkan masalah strok.