Sunday 6 October 2019

Yumeiho Di Kuala Kangsar

Referral case.
Asalnya appointment rawatan buat si anak dari Ipoh masalah frozen shoulder, kemudian si emak dan isteri juga turut sama jalani terapi pelarasan tulang kaedah Yumeiho dan kiro bagi keluhan sakit seperti frozen shoulder, ketat buku lali dan simptom sciatica.
Walaupun sesi yg panjang, Alhamdulillah ikhtiar dipermudahkan. Dapat kurangkan keluhan sakit yg dialami. Masalah makcik kaki pendek sebelah pun berjaya diselesaikan. Kesan dari masalah tulang pinggul akibat pernah jatuh dulu.
Perkongsian juga ubat homeopati untuk diamalkan.
Yang terbaik dari saya untuk pasien. Yang lebih2 tu hadiah dari saya. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang lebih baik hendaknya selepas rasai sentuhan rawatan dari admin. Kita ikhtiar sembuh dengan izinNya.

Rawatan Jerawat Kaedah Homeopati

JERAWAT DI KALANGAN REMAJA
Kredit Dr Zubaidi

Ramai remaja yang mempunyai masalah jerawat yang sangat teruk. Ada yang terlalu teruk sehingga nak tengok pun tak sanggup. Mengerikan. Selepas masalah jerawat berakhir, parut pada muka pula bertambah teruk.

Banyak punca untuk seseorang mendapat masalah jerawat sebegini. Ada kajian yang menunjukkan pemakanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi adalah punca bagi masalah jerawat di kalangan remaja.
Apabila tahap gula terlalu tinggi dalam darah secara mendadak, hormon insulin dan hormon androgens akan dikeluarkan berterusan sehingga menyebabkan penghasilan sebum yang terlalu banyak.
Sebum adalah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous pada lapisan di bawah kulit untuk melembabkan kulit.
Apabila sebum bercampur dengan sel sel kulit yang telah mati, ia boleh terperangkap di dalam liang2 kulit
dan menghasilkan blackheads, whiteheads dan jerawat.
Cara merawat masalah ini mungkin akan memakan masa yg agak lama.
Komen admin ;
Rawatan kaedah Alami boleh diikhtiarkan.
Antara beberapa kaedah alami terbaik yg disyorkan bagi masalah sebegini ialah seperti :
1) Berbekam
2) Homeopati
3) Akupuntur
4) Produk Herba seperti sabun jerawat
Bagi anak2 yg susah berbekam atau berakupuntur, admin syorkan makan ubat homeopati seperti ubat detox (Nux Vomica), Ubat jerawat "biochemic" dan sistem pernafasan "Kali Bich". In sya Allah perbelanjaan stok sebulan RM60 akan menunjukkan hasil yg positif. Yang penting iltizam kena kuat. Tak susah mana, makan je ubat homeopati setiap hari. Produk krim moden ada yg menenggelamkan jerawat, tapi toksik tak dikeluarkan. Kemudian nanti, masalah jerawat boleh menjadi lebih teruk kalau tidak didetok.
Yang ingin mencuba kaedah homeopati, boleh klik 

Thursday 3 October 2019

BEKAM SERI KEMBANGAN

JOM BERBEKAM!
Antara 27 kebaikan berbekam :
1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
25. Hilangkan stress dan tekanan
26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW
27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil
HUBUNGI KAMI UTK TEMUJANJI BERBEKAM ANDA SEKARANG!
Klik link www.wasap.my/60122247213/NakBekam

Thursday 19 September 2019

TERAPI PASIEN STROK KAEDAH YUMEIHO

Pasien dari Sg Siput yg diuji serangan minor strok awal tahun ni. Lemah anggota kiri badan. Pernah ikhtiar urut dan fisioterapi.
Kali ini mencuba kaedah terapi saraf Yumeiho dan akupuntur. Fokus kepada pelembutan otot dan sendi.
Alhamdulillah, walaupun baru kali pertama jalani terapi Yumeiho dah rasakan beberapa perubahan yg positif, antaranya lebih laju nak bangun, senang nak duduk bersila, lebih selesa memijak dan dah tentu badan rasa lebih ringan.
Sesi penutup rawatan akupuntur.
Semoga dapat diusahakan lagi rawatan susulan untuk hasil yg lebih baik. Tak lupa amalkan juga berbekam.
Ikhtiar terbaik dari D'Hijrah Naturopathic Centre untuk warga Kuala Kangsar.

RAWATAN YUMEIHO KUALA KANGSAR

Syukur Alhamdulillah nikmat sihat. Dalam 60% keluhan sakit berkurangan.
Abang ni dari Kuala Kangsar ikutkan lebih dari 10 tahun alami masalah sakit belakang berkaitan pinggul. Sakit dari pinggang membawa ke kaki bawah. Suspek kesan dari jatuh tangga masa nak pasang lampu sebelum ni.
Dah merata2 tempat pergi untuk ikhtiar rawatan seperti fisio dan urutan tapi belum ada rezeki lagi. Cuma kaedah terapi saraf Yumeiho ni saja belum cuba.
Alhamdulillah, walaupun baru sekali saja terapi tapi dalam 60% keluhan sakit dah berkurangan. Badan pun rasa ringan. Dah mudah nak menunduk (rukuk). In sya Allah ada rezeki akan datang akan repeat terapi yg sama dan bekam. Gabungan terapi ni banyak membantu masalah sakit2 sebegini.
Jika kaedah rawatan yg tepat, in sya Allah kesembuhan diperolehi. Kita ikhtiar, sembuh dengan izinNya.
Bagi anda diluar sana yg ada keluhan sakit seperti sakit pinggang yg lama, kerap lenguh pinggul, nak jalan lama tak mampu, mula kebas2 kaki, sakit belikat, dah ada keluhan frozen shoulder, dll, jangan ragu2 untuk mencuba kaedah ini yg mild tapi in sya Allah efektif.

RAWATAN YUMEIHO KUALA KANGSAR 0122247213

"Saya selalu sakit pinggang di bahagian belakang dan kebas kaki kalau duduk lama.
Pernah excident moto dua kali.
Saya kerja byk duduk bawak jentera. Juga ada sakit tangan kiri. Tak boleh nak kilas tangan ke belakang"
Antara keluhan pasien dari Kuala Kangsar.
Berurut dah biasa sangat tapi lega sekejap sahaja. Memang mengganggu fokus kerja bila dah sakit2 badan ni katanya.
Dah cuba kaedah terapi fisio Yumeiho, barulah rasa badan dah semakin longgar, tangan kiri pun dah lebih mudah nak angkat dan yg best badan lebih ringan serta rasa panas2 badan menandakan perjalanan darah semakin lancar.
In sya Allah jika tepat kaedah rawatan, sakit lama dialami akan cepat baik. Yg penting kena juga istiqomah buat walaupun dah baik.
Yang terbaik dari D'Hijrah Naturopathic Centre.
Health is Wealth
Kesihatan anda keutamaan saya melalui terapi alami yg in sya Allah efektif dengan izinNya.

TIP TURUNKAN BERAT BADAN

Untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan, jom cuba cara ni.