Saturday 19 July 2014

INFO BEKAM DI BULAN PUASA EDISI SINAR 14/7/14

Info berkenaan bekam di bulan puasa oleh tuan Suhaimi di edisi Sinar pada 14/7/2014

BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?" tanya seorang rakan kepada penulis ketika menyatakan hasrat untuk berbekam.

Pada awalnya penulis juga ragu-ragu dan mempunyai persepsi yang sama. Perkara yang dibimbangi mungkin rawatan itu akan menjejaskan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik-titik rawatan itu.

Berbekam ketika puasa lebih baik.

Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya, menurut Pemilik Pusat Terapi Bekam Sunah Saujana Utama, Sungai Buloh, Suhaimi Abdul Karim.

Soalan yang biasa ditanya tentang hukum berbekam ketika puasa sama ada batal atau tidak.

Ini kerana rawatan sunnah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul.

"Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit", katanya menjelaskan perkara itu.

Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.

Malah katanya rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding ketika tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.

Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati.

"Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.

"Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi manfaatnya kepada kesihatan akan lebih", katanya kepada Bernama.


Waktu pagi paling sesuai

Suhaimi berkata waktu paling sesuai untuk berbekam ketika berpuasa ialah pada waktu pagi bermula pukul 7.00 hingga 11.00 pagi. Tidak digalakkan berbekam selepas pukul 12 tengah hari bagi mengelakkan risiko terutama pengsan.

"Selepas tengah hari, kandungan gula dalam darah akan menurun. Darah yang keluar banyak ketika rawatan itu boleh mengundang risiko pitam atau pengsan.

"Namun kadar risiko pengsan mereka yang melakukan rawatan bekam lebih rendah berbanding mereka yang menderma darah. Oleh itu bagi mereka yang berpuasa menderma darah dilakukan pada waktu malam", katanya.

Bagaimanapun ada juga yang tetap ingin melakukan rawatan bekam pada waktu petang. Ini kerana menurut Ibnu Sina yang merupakan pakar sains Islam, rawatan bekam yang paling sesuai dilakukan adalah sekitar pukul 3 petang kerana ketika itu cuaca panas dan saluran darah akan mengembang, memudahkan untuk mengeluarkan darah pada urat-urat kecil di bawah kulit berbanding waktu pagi.

Namun katanya bagi mengelakkan risiko, beliau akan mengurangkan cucukan jarum pada setiap titik bekam daripada 30 cucukan kepada antara 10 dan 15 sahaja.

Yakin berbekam ketika berpuasa.

Seorang daripada yang mengamalkan rawatan bekam ketika berpuasa ialah Osman Sulaiman, 64, yang sering menghadapi bengkak di kaki selain lesu di badan.

Pada awalnya beliau turut ragu-ragu untuk berbekam pada bulan puasa kerana dibimbangi boleh membatalkan puasa.

"Setelah membaca hukum yang diputuskan tentang amalan berbekam, baharu saya tahu dan yakin untuk berbekam", katanya yang dihubungi Bernama.

Beliau berbekam setiap tiga bulan, sejak tahun lepas setelah diberitahu oleh rakannya kebaikan perubatan tersebut yang mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.

"Bila sekali cuba, terasa badan ringan dan sihat. Jika bulan puasa saya lakukan pada waktu pagi sekitar pukul 10 pagi. Tidak ada perbezaan pun ketika berbekam bukan waktu puasa dan ketika bulan puasa.

"Alhamdulillah bengkak pada kaki saya juga semakin sembuh dan mudah untuk saya beribadat ketika bulan Ramadan", katanya.

Rawatan untuk pelbagai penyakit

Menjelaskan kebaikan rawatan bekam, Suhaimi berkata selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan akan dibuang oleh hati. Namun tidak semua darah itu akan dapat dikeluarkan.

Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama kelamaan darah mati akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, sama ada di sekeliling organ-organ penting dan di bawah kulit.

Ia kemudian akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh dari kepala hinggalah ke kaki dan akan melekat antara satu sama lain serta bercampur dengan urik asid, urea dan toksin.

Apabila sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah ia akan menjadi faktor utama tersumbatnya urat kapilari yang akan mengganggu sistem fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati hingga menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala-gejala awal menunjukkan tubuh dipenuhi darah kotor yang tersumbat apabila badan menjadi lesu, letih, kebas, pening dan mengantuk, katanya.

Kebaikan berbekam sejak ribuan tahun dahulu semakin diterima dalam masyarakat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan beragama Islam, tetapi juga kaum lain yang semakin mengetahui kebaikan berbekam.

"Ramai pesakit saya yang datang adalah dari kaum India dan Cina. Ia bukan untuk orang Islam sahaja. Semua orang boleh mendapatkan rawatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk seluruh umat", ujar Suhaimi yang berharap rawatan

bekam akan diterima lebih meluas lagi dalam masyarakat Malaysia. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/boleh-ke-berbekam-ketika-berpuasa-1.299489#

Sunday 13 July 2014

AKUPUNTUR, URUTAN REFLEKSOLOGI DAN BEKAM

Alhamdulillah..berjaya juga saya curi masa buat rawatan susulan kat seorang Pakcik di Keramat di tengah hari dan petang selepas solat Jumaat pada tanggal 11/7/14


Kali ini dah kali ke 4 saya buat rawatan susulan kat beliau. Saya tak dapat buat rawatan susulan yang kerap atas faktor kekangan masa dan jarak. Yang bagusnya tentang Pakckik ni ialah kesabaran, kuat semangat dan keinginan untuk berubat. Beliau pun istiqamah makan minyak zaitun pagi dan malam seperti yang saya syorkan selain makan madu.

Nampaknya kali ini beliau dah ada kekuatan untuk bergerak sendiri menggunakan tongkat 4 kaki tu. Sesi fisioterapi oleh pihak hospital dan terapi bekam, akupuntur dan refleksologi, mudah2an mempercepatkan lagi proses penyembuhan pakcik ni. Jika diizinkan nanti, dan selepas pakcik ni dah boleh berjalan, saya merancang untuk melakukan terapi pembetulan tulang belakang Yumeiho Zen dan kiropraktik. Ini pun membantu proses pemulihan yang menyeluruh buat pakcik ni.

Saya juga buat pertama kali merasmikan software iridologi (diagnos mata) kat pakcik ni secara tak rasmi. Mempermudahkan juga kerja terapi atau rawatan yang saya nak jalankan. Misalnya poin akupuntur dan refleksologi yang nak saya lakukan.

Dengan sedikit ilmu, kudrat yang tak seberapa dan sedikit pembaharuan alat bantu kerja2 perawatan, diharapkan hasilnya lebih baik dan pelanggan akan lebih berpuas hati.

Yop Khairul 012 2247213
(4 photos)
 


BOLEH BERBEKAM KETIKA BERPUASA

Timbul perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum mengeluarkan darah dari tubuh orang yang berpuasa. Polemik ini timbul kerana ada hadis yang menunjukkan batalnya puasa orang yang berbekam dan ada hadis yang menunjukkan sebaliknya. Hukum yang disebut dalam hadis adalah berbekam. Ia boleh disamakan dengan mana2 keadaan mengeluarkan darah seperti orang yang menderma darah mereka. Oleh itu para ulama membahaskan tentang hukum berbekam. KHILAF PARA ULAMA
Ulama berselisih berkenaan dengan hukum berbekam. Mereka terbahagi dua pendapat

PENDAPAT PERTAMA : Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Nabi saw bersabda:

أفطر الحاجم والمحجوم
"orang yang membekam orang dan orang yang berbekam batal puasanya." (Hr Tirmizi - sahih)


PENDAPAT KEDUA : Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Kebanyakan ulama dahulu dan kini, termasuklah mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

Dalilnya:

احتجم رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو صائم
"Rasulullah saw berbekam dalam keadaan berpuasa."
(Hr Bukhari, Abu Daud dan lain2 - sahih)

Ulama pendapat kedua mengatakan hadis ini memansuhkan hadis yang mengatakan orang yang berbekam terbatal puasanya. Ini kerana berdasarkan hadis berikut:

1. Hadis dari Ibnu Abbas:

أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة
“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”

Ini pula petikan dari saya perolehi dari blog Dr Zaharuddin.net

Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga pandangan majoriti mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

Info tambahan
●Berbekamnya para sahabat ketika mereka berpuasa
(rujukan : Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah S.A.W oleh Syihab Al-Badri Yasin)



Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

Dalam Shahibu Al-Bukhari, Kitabu sh-Shoum, disebutkan, Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah: " Dulu kami pernah berbekam di hadapan Aisyah, maka kami pun tidak dilarang." Dia juga mengatakan sebagaimana disebutkan di dalam Al-Fath: "Kami pernah berbekam di hadapan Aisyah bersama anak-anak saudaranya sedangkan waktu itu kami berpuasa, tetapi dia tidak melarang mereka.

Al-Hafizh dalam Al-Fath mengatakan: Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam." Al-Hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin, Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

●Malik berkata dalam Al-Muwaththo, Kitabu Ash-Shoum: " Berbekam tidak dimakruhkan bagi orang yang berpuasa kecuali bila dikhuatirkan keadaan fizikalnya lemah.

Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika dilihat membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Qiyas hukumnya kepada akupuntur kerana kaedah yang sama dalam rawatan kepada pesakit.

Banyak lagi sebenarnya ulasan berkenaan kebolehan berbekam semasa berpuasa. Cuma sebagai langkah berhati2, jika badan kita tak berapa kuat/lemah, sebaik2nya dielakkan berbekam ketika siang hari. Wallahualam.

Yop Khairul 012 2247213

Sunday 13 April 2014

SERVIS LAIN

SELAIN BEKAM SAYA JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AKUPUNTUR DAN TERAPI URUTAN YUMEIHO (PEMBETULAN TULANG BELAKANG DAN TULANG PINGGUL) DAN JUGA SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU DIAGNOS TAPAK TANGAN, KUKU DAN MATA.

CALL/SMS/WHATTSAP SAYA DI 012 2247213 (YOP KHAIRUL) UNTUK TEMUJANJI

ARTIKEL BEKAM DI MAJALAH HARMONI BULAN APRIL 2014


Sudi2kanlah tuan2 dan puan2 baca artikel pasal bekam di majalah Harmoni berkenaan temubual wartawan majalah dengan saya berkenaan amalan berbekam ni. Yang baik kita kongsi-kongsikan. In syaa Allah tak rugi.


Saturday 15 February 2014

MINGGU BEKAM KEMBALI LAGI

BEKAM ADIK 17 TAHUN ADA TANDA2 BISUL

Appointment mengejut sesi petang buat adik yg berumur 17 tahun dari Balakong ni. Ibu beliau bagi tahu anaknya baru terkena sakit gatal2 badan disetengah tempat dan juga ada masalah seperti jerawat besar di kaki, peha dan tangan. Akibatnya kawasan sekitar tempat yg ada jerawat atau berkudis tu mengalami sakit2. Tapi apa yang saya perhatikan ianya lebih kepada masalah bisul peringkat awal.

Mulanya saya tekankan poin di al-kahil (antara 2 pundak), bahu kiri dan kanan (akhda'ain), poin di bawah bahu dan poin ginjal. Seterusnya tumpuan lebih kepada bekaman di tempat masalah yg ada bisul tu. Tapi tak sangka juga memang adik ni dalam kategori darah kotor yg agak banyak seperti orang dewasa. Jadi kena lebihkan lagi bekaman atas adik ni termasuk di poin hati dan limpa. Sedikit sebanyak ini juga boleh menjadi penyebab kepada permasalahan tanda2 bisul yg dah muncul merata badan adik ni. Masalah seperti ini pernah saya rawat buat seorang pakcik di kg Kayangan, Puchong dulu. Memang sesi bekaman di bahagian bisul memakan masa yg agak lama.

Semoga adik ni mudahlah semula dalam menjalani rutin harian beliau sebagai pelajar apabila balik asrama nanti.

Yop Khairul 012 2247213
(4 photos)
1

Friday 17 January 2014

Bekam Overhaul Cum Bekam Kepala



Pelanggan saya dari Nilai ni kali pertama berbekam. Seorang yg dulunya aktif bersukan kini dah semakin kurang. Mengadu badan dah mula rasa berat dan tak secergas dulu.

Dah alang2 datang ni terus bekam overhaul dan juga di poin puncak kepala yakni poin terbaik berbekam.

Hasilnya rata2nya cup mengeluarkan banyak darah kotor, berjeli tebal serta kehitaman dan juga banyak angin. Di tepi kaki kanan beliau pun dah banyak asid urik. Tak ketinggalan poin kepala pun ada asid urik. Itu lah dia, tak buat tak tahu. Kebiasaannya memang banyak darah kotor yang keluar bagi orang yg kali pertama berbekam.

Beliau pun ada bagi tahu tak berapa jaga makan.

Mudah2an ikhtiar beliau datang berbekam dipertengahan bulan islam ni diberikan ganjaran kesembuhan yang maksimum. In sya Allah.

Nak bekam? Call/whattsap saya
Yop Khairul 012 2247213

BEKAM BADAN DAN JERAWAT/RESDUING


Merawat pesakit dari Cheras yang kali pertama berbekam darah. Umur baru 23 tahun. Beliau mengadu ada masalah jerawat belakang badan yang merata. Nampaknya seperti ada kaitan dengan masalah resdung yg beliau alami. Adakalanya gatal2 dan tak selesa.

Sebaik sahaja dibekam, darah kotor yang kehitaman yang keluar agak laju terutamanya di kedua2 poin bahu dan bawah tengkuk dan kuantitinya agak banyak. Bekaman kali kedua di tempat sama juga masih mengeluarkan darah kotor berjeli kehitaman yg agak banyak.

Begitu juga sesi berikutnya iaitu bekaman di bahagian pipi muka, juga mengeluarkan darah kotor yg agak pekat.

Bagi masalah seperti beliau iaitu resdung dan jerawat badan yang merata, memang kena lakukan ulangan bekam dalam beberapa sesi untuk menarik darah kotor sebanyak mungkin. Maklumlah dah menderita masalah ni bertahun2. Bila dah banyak darah kotor yg keluar di muka barulah naik seri muka nanti berdasarkan pengalaman saya.

In sya Allah, kalau beliau istiqamah berbekam seperti yang saya syorkan, akan nampak hasil yang positif selepas beberapa sesi.

Yop Khairul 012 2247213
Call/sms/whattsap

Saturday 4 January 2014

TIMGKATKAN MARTABAT RAWATAN SUNNAH BEKAM

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Sedikit petikan dari seorang perawat Islam.

"Saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat, sokonglah usaha semua pihak atau individu yang nak promosikan Al Quran dan sunnah.

Janganlah dipandang rawatan bekam ni terlalu murah nilainya sampai nampak lekeh di mata masyarakat yang sebahagiannya masih lemah cintanya dengan sunnah.

Semoga sunnah rawatan bekam ini bertahan lama dan bukan sekadar sesuatu yang tumbuh bermusim".

Ya memang betul tu. Jadikan perkhidmatan bekam ini sesuatu perkhidmatan yang serius. Mengikut peredaran masa, perkhidmatan bekam ni pun dah macam klinik. Harus diwujudkan tempat khas bilik rawatan. Selalu kena buat 'maintenance', kena menyediakan kemudahan yang lengkap dan pembelian barangan yang berulang2. Peralatan yang dah 'expired' kena ganti lain dan yang wajib peralatan steril (maklumlah penyakit sekarang dah macam2) dalam memastikan kebersihan atau 'hygiene'. Sudah tentu melibatkan kos yang banyak juga. Seorang jurubekam pula harus berterus terang kepada pesakit/pelanggan tentang caj rawatan dan kebaikan berbekam. In sya Allah semuanya berjalan lancar dan penyakit yang dideritai oleh pesakit pun in sya Allah akan sembuh kerana ada keikhlasan kedua2 pihak.

Sekiranya seorang perawat bekam itu dapat memastikan perkara ini dapat dipenuhi, in sya Allah tak ada masalah untuk masyarakat terus mengunjungi pusat rawatan anda ya.

Sihat itu nikmat.
Kebersihan itu juga sunnah.
Yang baik kita kongsi-kongsikan. Semoga kita memperolehi kebahagian dunia dan akhirat.

Yop Khairul 012 2247213
Like www.facebook.com/jombekamsunah