Sunday 13 May 2018

TERAPI YUMEIHO

Pasien yang dalam beberapa hari ini mengalami sakit belakang yg kuat. Pergerakan terbatas terutamanya kaki kanan yang agak bermasalah. Pernah alami sakit slip disc. Kini keluhan sakit datang semula.
Alhamdulillah, ikhtiar beliau jalani terapi pembetulan tulang belakang/pinggul dipermudahkan. Cuma kena dilakukan dalam beberapa sesi untuk hasil yg lebih maksimum terutamanya dari segi pelembutan otot.
Perkongsian 'exercise' yg kena dilakukan dirumah agar sesi susulan rawatan sakit belakang/pinggul akan lebih mudah.
Yang baik, kita kongsi2kan.
WhatsApp / hubungi 0122247213 untuk temujanji rawatan.

BEKAM BADAN DAN MUKA

Pasien dari Puncak Jalil yang jalani terapi bekam basic dan juga bekam muka bagi masalah jerawat.
In sya Allah, kedua2 bekam badan dan muka biasanya tak mengecewakan. Malah biasanya hasilnya agak baik.
Jika rajin dilakukan, masalah jerawat akan semakin berkurangan.
Whatsap / hubungi 012-2247213 untuk temujanji rawatan.
#jomBekamSunnah
#JomYumeiho
#TerapiAkupuntur
#TerapiResdung
#Homeopati

BEKAM DI BULAN PUASA

INFO BEKAM DI BULAN PUASA EDISI SINAR 14/7/14

Info berkenaan bekam di bulan puasa oleh tuan Suhaimi di edisi Sinar pada 14/7/2014

BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?" tanya seorang rakan kepada penulis ketika menyatakan hasrat untuk berbekam.

Pada awalnya penulis juga ragu-ragu dan mempunyai persepsi yang sama. Perkara yang dibimbangi mungkin rawatan itu akan menjejaskan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik-titik rawatan itu.

Berbekam ketika puasa lebih baik.

Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya, menurut Pemilik Pusat Terapi Bekam Sunah Saujana Utama, Sungai Buloh, Suhaimi Abdul Karim.

Soalan yang biasa ditanya tentang hukum berbekam ketika puasa sama ada batal atau tidak.

Ini kerana rawatan sunnah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul.

"Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit", katanya menjelaskan perkara itu.

Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.

Malah katanya rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding ketika tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.

Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati.

"Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.

"Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi manfaatnya kepada kesihatan akan lebih", katanya kepada Bernama.


Waktu pagi paling sesuai

Suhaimi berkata waktu paling sesuai untuk berbekam ketika berpuasa ialah pada waktu pagi bermula pukul 7.00 hingga 11.00 pagi. Tidak digalakkan berbekam selepas pukul 12 tengah hari bagi mengelakkan risiko terutama pengsan.

"Selepas tengah hari, kandungan gula dalam darah akan menurun. Darah yang keluar banyak ketika rawatan itu boleh mengundang risiko pitam atau pengsan.

"Namun kadar risiko pengsan mereka yang melakukan rawatan bekam lebih rendah berbanding mereka yang menderma darah. Oleh itu bagi mereka yang berpuasa menderma darah dilakukan pada waktu malam", katanya.

Bagaimanapun ada juga yang tetap ingin melakukan rawatan bekam pada waktu petang. Ini kerana menurut Ibnu Sina yang merupakan pakar sains Islam, rawatan bekam yang paling sesuai dilakukan adalah sekitar pukul 3 petang kerana ketika itu cuaca panas dan saluran darah akan mengembang, memudahkan untuk mengeluarkan darah pada urat-urat kecil di bawah kulit berbanding waktu pagi.

Namun katanya bagi mengelakkan risiko, beliau akan mengurangkan cucukan jarum pada setiap titik bekam daripada 30 cucukan kepada antara 10 dan 15 sahaja.

Yakin berbekam ketika berpuasa.

Seorang daripada yang mengamalkan rawatan bekam ketika berpuasa ialah Osman Sulaiman, 64, yang sering menghadapi bengkak di kaki selain lesu di badan.

Pada awalnya beliau turut ragu-ragu untuk berbekam pada bulan puasa kerana dibimbangi boleh membatalkan puasa.

"Setelah membaca hukum yang diputuskan tentang amalan berbekam, baharu saya tahu dan yakin untuk berbekam", katanya yang dihubungi Bernama.

Beliau berbekam setiap tiga bulan, sejak tahun lepas setelah diberitahu oleh rakannya kebaikan perubatan tersebut yang mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.

"Bila sekali cuba, terasa badan ringan dan sihat. Jika bulan puasa saya lakukan pada waktu pagi sekitar pukul 10 pagi. Tidak ada perbezaan pun ketika berbekam bukan waktu puasa dan ketika bulan puasa.

"Alhamdulillah bengkak pada kaki saya juga semakin sembuh dan mudah untuk saya beribadat ketika bulan Ramadan", katanya.

Rawatan untuk pelbagai penyakit

Menjelaskan kebaikan rawatan bekam, Suhaimi berkata selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan akan dibuang oleh hati. Namun tidak semua darah itu akan dapat dikeluarkan.

Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama kelamaan darah mati akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, sama ada di sekeliling organ-organ penting dan di bawah kulit.

Ia kemudian akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh dari kepala hinggalah ke kaki dan akan melekat antara satu sama lain serta bercampur dengan urik asid, urea dan toksin.

Apabila sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah ia akan menjadi faktor utama tersumbatnya urat kapilari yang akan mengganggu sistem fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati hingga menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala-gejala awal menunjukkan tubuh dipenuhi darah kotor yang tersumbat apabila badan menjadi lesu, letih, kebas, pening dan mengantuk, katanya.

Kebaikan berbekam sejak ribuan tahun dahulu semakin diterima dalam masyarakat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan beragama Islam, tetapi juga kaum lain yang semakin mengetahui kebaikan berbekam.

"Ramai pesakit saya yang datang adalah dari kaum India dan Cina. Ia bukan untuk orang Islam sahaja. Semua orang boleh mendapatkan rawatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk seluruh umat", ujar Suhaimi yang berharap rawatan

bekam akan diterima lebih meluas lagi dalam masyarakat Malaysia. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/boleh-ke-berbekam-ketika-berpuasa-1.299489#

Friday 11 May 2018

Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

Sharing is Caring
1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini

2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.

HEALS DROP

Healsdrop. (Titisan Penyembuh) formulasi gabungan herba Nusantara yg ekstrak secara Homeopathy & Naturopathy.
Mampu membantu meningkatkan fungsi organ yg telah menurun dan merawat pelbagai penyakit gayahidup spt K.M, D.T, Kidney, Liver, Pankreas, Jantung, Immune Systems dll. Result mampu dilihat seawal 2 minggu.
1 botol utk 1 bln,
Dosage: 10 titis dlm 1 botol mineral kecil 500ml digoncang, terus diminum, sekali gus.
Sehari 3 x.
Result blh nampak krg 2minggu.
DETOX - REPAIR - PREVENTION.
hubungi sy di wassap 0122247213. Utk order.
Mencegah dan merawat lbh 20 jenis penyakit berkaitan fungsi tubuh dan gayahidup.
Spt K.M, D.T, Jntung, Gout, Bt Krg, Hepatitis, Dll.
Untuk info, Lifestyle desease hy blh sembuh dgn ubah gaya hidup sehat, selain gn healsdrop. Blh ambil lama mn pun bergantung tahap keseriusan penyakit, bgmnpun dos homeopathy sgt kecil (10 Titisan) dan sgt selamat. Berbanding cara tradisional yg guna ekstrak crude (satu jag jd secawan) yg cepat bertindak tp bhy kpd organ spt liver & kidney.
Side effects langsung takde, hy sedikit healing crisis spt kerap kencing, berak, berpeluh dan sengal2 badan, tanda detoxification dan proses pemulihan sedang berlaku.
HealsDrop.
Estrak herba nusantara yang diproses dan disediakan secara Homeopati untuk perubatan Naturopati (perubatan alami).
Keberkesanan herba-herba nusantara dalam memperbaiki kualiti kesihatan tubuh badan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pelbagai kajian moden telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membuktikan kesan-kesan tumbuhan / herba terhadap kesihatan tubuh badan manusia supaya ianya dapat digunakan sebagai kaedah rawatan secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Selain daripada memperbaiki, ianya berupaya membantu tubuh badan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
HealsDrop terdiri daripada kombinasi herba nusantara iaitu:
 Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata),
 Misai Kucing (Orthosiphon stamineus),
 Dokong Anak (Phyllanthus niruri),
 Mengkudu (Morinda citrifolia),
 Putrawali (Tinospora Cordifolia)
 Pokok Semambu (Azadirachta indica)
Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata)
Tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan perubatan dimana ia boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis, ia sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan. Ia juga berupaya meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan melawan penyakit serta virus. Kajian makmal dan klinikal membuktikan tumbuhan ini boleh membantu masalah berkaitan organ hati seperti penurunan fungsi, kerosakan hati dan hepatitis. selain daripada itu ia boleh merawat masalah selesema.
Dokong Anak (Phyllanthus niruri)
Tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi, terdapat kajian menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepatitis dengan membantu mengurangkan jumlah virus hepatitis didalam darah. Banyak digunapakai dalam pelbagai kaedah perubatan bagi mengubati masalah seperti bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria, asma, berak berdarah (dysentery) yang kronik mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies), kurap, penyakit kuning (jaundice), bisa gigitan ular, Batu hempedu.
Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)
Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Tumbuhan ini mampu merawat penyakit buah pinggang, Batu pundi kencing, Jangkitan saluran kencing, Masalah Hati dan masalah pundi kencing, Kencing manis, Sakit sendi, Batu karang, Gout, Mengurangkan kolesterol & tekanan darah. ia Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, dan Diuretik
Mengkudu (Morinda citrifolia)
Tumbuhan ini sangat bernilai dalam aspek perubatan dan telah melalui pelbagai kajian. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah, kanser, kencing manis, darah tinggi,tulang, masalah jantung, kemurungan, masalah pernafasan, masalah penghadaman dan buah pinggang.
Putrawali (Tinospora Cordifolia)
Tumbuhan ini sering digunakan sebagai bahan perubatan tradisional untuk rawatan arthritis, ia juga mampu mengurangkan gula dalam darah:

HARGA PROMOSI RM50

PROMOSI PRA RAMADAN

Promosi Pra Ramadan !!!
Bulan puasa dah nak tiba. Jom mantapkan lagi kesihatan tuan2.
Promosi urutan Yumeiho dan bekam pada harga yang berbaloi2.
Bukan RM200
Bukan RM170
Tapi RM150
*Diulang !!! RM150 sahaja.*
Promosi untuk tempoh terhad. Cepat2.
Nanti dulu, ada juga hadiah energy booster yg bernilai RM30 untuk dibawa pulang.
Kenapa Yumeiho?
Ini merupakan suatu teknik urutan secara pijatan (akupressor) yg agak 'mild' dan selesa serta 'body alignment' ke atas tubuh badan anda yg meningkatkan tahap kesihatan anda. Terapi yang terkenal diserata dunia dengan hasil penyembuhan yang menakjubkan walaupun hanya dalam beberapa sesi. Sakit yg boleh dibantu rawat seperti sciatica, lower back pain, slip disc, masalah saraf tersepit, sakit pinggang yg lama, masalah tulang belikat dll.
Kenapa berbekam?
Kaedah terapi sunnah Nabi SAW yang terbukti ampuh untuk detok badan kita dengan mengeluarkan lebihan toksin daripada badan kita. Seterusnya mempercepatkan kesembuhan penyakit yg lama dideritai.
Servis extra lagi - urutan basic dan bekam luncur untuk tujuan pemanasan sebelum bekam..FOC yer
Jaminan kami-wang akan dikembalikan 50% sekiranya tuan2 tak merasa kesan positif selepas jalani terapi ini.
Semoga tuan2 dapat jalani ibadat di bulan puasa dengan lebih sempurna.
Mana nak dapatkan servis pra Ramadan ni?
Anda boleh dapatkan servis di atas dari kami, D'Hijrah Naturopathic Centre, Seri Kembangan.
Kelebihan/kepakaran kami :
■ Terapis yang berpengalaman ('certified practioneer') yang bernaung di bawah beberapa persatuan seperti Perhijam, MANIS, acu-bekam dan PERTUBEM.
■ Berpengalaman dalam merawat ramai pelanggan. Antaranya pasien bekam, pesakit masalah tulang belakang/pinggul (seperti slip disc, saraf tersepit, sakit belakang/belikat, sakit pinggang, dll), pesakit resdung, minor strok dan lain2 lagi dengan banyak testimoni positif selepas jalani rawatan/terapi ini.
■ Kaedah yang semulajadi yakni tanpa dadah dan tiada kesan sampingan.
■ bahan2 bekam bersteril
■ Konsultasi mesra pelanggan percuma.
■ Caj yang berpatutan
Alhamdulillah pihak kami telah banyak membantu pesakit2 mengurangkan masalah seperti tekanan darah tinggi, gout, migrain, slip disc, sciatica, jerawat, tonsil, resdung, dll.
In sya Allah, pihak kami berbesar hati membantu anda yang ada gejala sakit2 di atas untuk jalani rawatan naturopati di pusat terapi ini.
Viralkan kepada kawan2 ada, mungkin ada yg memerlukan. Harga rawatan in sya Allah harga patut sangat.
Jangan lupa like page ini juga ya.
Segera hubungi kami di 012 2247213
NH Yop Khairul
Pengasas
D'Hijrah Naturopathic Centre,
No 15 Jalan LEP 6/2, Taman Lestari Putra,
Seri Kembangan

TERAPI YUMEIHO (TERAPI TULANG BELAKANG/PINGGUL)

DAH LAMA SANGAT MENANGGUNG SAKIT BELAKANG NI!!!
[ CHOPP ! DENGAN 100 TEKNIK URUTAN YUMEIHO DARI JEPUN IN SYA ALLAH BOLEH SELESAIKAN 1001 PENYAKIT ]
Baca Testimoni kat bawah ;
"Bahagian tengkuk dengan pinggang rasa ringan bila bangun pagi. Biasa kalau bangun pagi, pinggang macam berat lenguh2..
pagi ni rasa sedap. Yumeiho tu memang sesuai untuk saya. Saya bagi 5 bintang"
....Firdaus, Seri Kembangan.
"Wkslm..alhamdulillah..sakit belakang dh kurang sgt..dh xrase ngilu2 tlng blkg..kbas kaki dh xde..tmbah plak bekam kt kaki tu..ringan je rse..xlenguh2 dh..
Saya bagi 5 bintang boss...pas ni ade mse free insyaallah repeat lg.."
...Faridzul, Kinrara.
Anda dah baca testimoni di atas? anda pernah dengar mengenai urutan YUMEIHO ?
.
Apa itu TERAPI YUMEIHO ?
===================
.
1. Teknik yg boleh membetulkan posisi tulang seluruh tubuh
2. mengendurkan otot2
3. mengendurkan jaringan sel2 organik
4. menghilangkan pelbagai penyakit secara RADIKAL
5. MEMBETULKAN tulang belakang dan tulang pinggul
.
anda dah faham apa itu terapi YUMEIHO ? dan nak tahu lagi mengenai KELEBIHAN YUMEIHO?
teruskan membaca
.
13 GOLONGAN YANG WAJIB BUAT URUTAN YUMEIHO
=================================
1. masalah tulang belakang/pinggul
2. sengal2 badan
3. lenguh-lenguh badan
4. masalah belikat
5. kerap mengantuk
6. cepat letih
7. wajah kusam
8. mata rabun
9. migrain
10. berat tengkuk
11. kebas kaki dan tangan
12. Salah bantal
13. Sakit pinggang
.
adakah anda tergolong dalam golongan seperti di atas? jikalau YA, anda tak perlu risau, saya sedia membantu anda dengan KEPAKARAN saya.
tunggu apa lagi, nasihat saya, utk keterangan lanjut, klik sahaja link di bawah,
.
Terapis berpengalaman, sedia membantu anda
[ JANGAN SALAHKAN KAMI JIKA PRESTASI KERJA ANDA TERUS TERGANGGU ]
.
boleh tolong like dan share ye kepada kenalan anda yang memerlukan urutan ini. kita sama2 bantu mereka