Thursday 28 March 2013

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi, pil kencing manis, panadol, ponstan, pain killer dan sebagainya, anda disyorkan berbekam sebulan sekali. 

Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit, dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang. Jadi jom berbekam.  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SAKIT APA PUN BOLEH BERBEKAM

Friday 22 March 2013

TITIK YANG PALING AFDHAL BERBEKAM




Titik yang paling afdhal berbekam ialah di pusat kepala, kerana ia mampu merawat penyakit angin ahmar,hipertensi, pening berpusar, migrain, mencerahkan mata, menghilangkan stress dan menyembuhkan masalah sihir.

Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Rasulullah SAW pernah berbekam dikepalanya dan menyebutnya dengan nama Ummu Mughtis"

Friday 8 March 2013

KENAPA DISYORKAN BERBEKAM

Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)". Bekam Sunnah ini boleh mengubati pelbagai penyakit yang bersangkutan dengan masalah perjalanan darah yang tidak lancar.

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan ini telah menjadi  amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra' Mikraj. Sebagai orang Islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.


Kebaikan Berbekam

Bekam adalah suatu cara menyingkirkan toksin dan angin berlebihan dalam badan. Jika tidak disingkirkan ia akan berkumpul hari demi hari dan akhirnya akan berlaku gejala kegagalan fungsi2 organ tubuh kerana paras toksin yg terlalu tinggi.

Nabi Bersabda :
Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api dan sungguh aku melarang umatku dari kay.
                                             Hadis sahih (Shahihu Al-Bukhari, Ath-Thibb, Juz 1, hal 5680


Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Thursday 7 March 2013

HILANGKAN STRES DAN KELESUAN DENGAN BERBEKAM


Badan yang banyak angin akibat kerja yang berlarutan akan membuatkan badan seseorang menjadi lesu. Selain angin, tekanan kerja yang berterusan juga menyebabkan stress serta ketegangan urat/otot bahagian tengkuk dan bahu. 

Demi melembutkan urat/otot yang tegang serta menyegarkan tubuh badan dari masalah kelesuan anda disyorkan berbekam 10cup dibahagian belakang badan,insyaAllah sembuh.

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BERBEKAM



Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.


Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan, insya Allah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya.

PESAKIT GOUT SEGERA BERBEKAM


Secara umumnya punca penyakit gout adalah berpunca dari URIC ACID yang berlebihan pada sendi tertentu badan sehingga membuatkan pesakit terasa amat sakit ketika berjalan.


Uric acid yang menyebabkan gout ini perlu dikeluarkan dengan kaedah berbekam,anda tidak disyorkan untuk mengambil ubat pain killer kerana dikhuatiri akan memberi komplikasi pada buah pinggang.


Pesakit gout disyorkan berbekam pada betis dan kawasan buku lali kaki seminggu 1x sebanyak 3x sesi, in sya Allah sembuh sepenuhnya.

MANFAAT PERUBATAN BEKAM

1)     Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2)     Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem limpa dan membantu meringankan tugas buah pinggang.
3)     Membuang darah kotor, darah beku dan darah berpenyakit.
4)     Mengeluarkan gula yang tidak diperlukan di dalam darah.
5)     Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah.
6)     Mengeluarkan kolesterol yang berlebihan di dalam darah.
7)     Memperbaiki aliran pembuluh darah.
8)     Meringankan otot yang tegang.

Saturday 2 March 2013

Salah Faham Mengenai Bekam

Ramai beranggapan bahawa bekam adalah rawatan alternatif semata2. Sebenarnya berbekam merupakan rawatan yang amat efektif menyembuhkan/mengurangkan sakit sebagaimana sabda Nabi yang banyak kita dapati daripada hadis2 Nabi S.A.W yang dinukilkan oleh para2 sahabat yang mengesahkan keberkesanannya. Hanya jauhari mengenal manikam. Tuan2 boleh bertanya sendiri kepada mereka yang dah biasa dengan rawatan bekam ini.

Lagi satu proses berbekam adalah proses mengambil darah kotor daripada lapisan nipis bawah kulit. Selepas beberapa ketika (lebih kurang 5 minit), darah akan berhenti dengan sendirinya. Darah ini jangan disimpan, tak da faedahnya.

Berbeza dengan proses derma darah, darah yang keluar adalah darah yang elok dan beroksigen/darah segar. Kalau tuan/puan2 perhatikan, biasanya Cik Misi akan mencari urat2 tertentu terlebih dahulu untuk dia mencucuk jarum bagi menyedut darah keluar ke dalam beg darah tu. Prosesnya pulak lebih lama.