Wednesday 29 April 2020

PUASA DAN GOUT

Puasa dan Gout
Puasa merupakan suatu amalan detok yg bagus kepada tubuh badan kita. Kerana tubuh badan kita sudah terlalu lama bekerja. Tiba masa perlu direhatkan. Tapi dalam kita berpuasa adakalanya kita terkena juga serangan gout yg biasanya berpunca dari pemakanan kita sendiri. Antara makanan yg dikaitkan dengan peningkatan asid urik seperti :
Makanan tinggi protein seperti organ dalaman
kekacang berproses
gula putih
Selalu makan seafood
makanan lain seperti sardin, ikan bilis, bahan aditif
Untuk mengelakkan serangan akut gout, kita kena kawal pengambilan bahan2 makanan seperti diatas.
Untuk info
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Antara rawatan segera yg boleh dijalankan ke atas pesakit gout kaedah TCM ialah rawatan bekam, fashdu, herba dan homeopati. Jika pesakit hanya bergantung kepada pain killer, lebihan asid urik dalam darah yg tidak dikeluarkan, dikhuatiri akan memudaratkan lagi pesakit. Akhirnya pain killer tidak lagi memberi kesan.
In sya Allah dengan jalani terapi2 seperti diatas banyak membantu merawat sakit gout.
Rawatan gout yg ada disediakan oleh D'Hijrah Naturopathic Centre ialah seperti bekam dan homeopati.
Memandangkan rawatan bekam masih tidak dapat dijalankan ketika pandemik COVID-19 ini, kaedah homeopati in sya Allah banyak membantu.
Pelaburan serendah RM30 yg in sya Allah banyak membantu ketika 'emergency'. Klik link www.wasap.my/60122247213/NakHomeopati
Info lanjut boleh dilayari di laman web admin di
www.dhijrah.com.my
Semoga bermanfaat.

Thursday 16 April 2020

#STAYATHOME


Hingga kini genaplah 31 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Walaupun menerima permintaan jalani rawatan, tetapi pihak D'Hijrah Naturopathic Centre terpaksa mengikut saranan oleh pihak KKM agar sebarang rawatan @ terapi yg ada "close contact" hendaklah dielakkan. Ini bertujuan untuk memutuskan rantaian virus COVID-19 dari terus merebak. Jika ini berlaku, statistik semakin meningkat. Maka usaha pihak kerajaan akan menjadi sia2.
Semoga kita semua dapat mematuhi arahan pihak berwajib. Seterusnya dapat dibendung penularan wabak pandemik yg julung2 berlaku di hampir kebanyakan dunia.
In sya Allah jika semuanya pulih, D'Hijrah Naturopathic Centre akan beroperasi seperti biasa.
Bagi yang berkelapangan bolehlah layari website admin.
Sudi2kanlah layari YouTube admin. Harap membantu.
YOUTUBE.COM
Rawatan dan Kelas Body Manipulation Therapy. #SifuYop

MASALAH SAKIT BELAKANG


Masalah sakit belakang.

Antaranya mengangkat beban berat yang banyak tertumpu ke sesuatu bahagian sahaja seperti dalam gambar.
Sakit yang timbul adakalanya berpunca dari rutin harian kita yang tidak baik. Untuk mengurangkan kesakitan yang semakin melarat, cuba hindari dari berterusan lakukan rutin sebegini.
Jika masalah sudah berlaku, sebaiknya lakukan terapi bagi merawat keluhan sebegini. Seterusnya elakkan dari lakukan rutin yg tak sihat seperti di atas lagi. Kalau tidak kesakitan akan berulang semula.
Semoga bermanfaat.
Bermasalah sakit belakang?
Jom dapatkan rawatan dari kami. Hubungi 012-2247213 untuk temujanji rawatan.
Atau klik link www.wasap.my/60122247213/RawatanSakitBelakang

layari website kami di www.dhijrah.com.my untuk info lanjut.


www.dhijrah.com.my

Alhamdulillah, sempurnalah website rasmi admin beberapa hari lepas walaupun ada halangan dalam situasi wabak COVID-19 ni.

Sudi2lah layari web admin ya. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. 

Wednesday 8 April 2020

RAWATAN SAKIT KEPALA

Perkongsian rawatan sakit kepala oleh D'Hijrah Naturopathic Centre setakat ini.

Bila dah sakit kepala kuat ni, nak buat apa pun tak boleh kan. Ada yg hanya mampu baring mengerang. Ada yg makan pain killer tapi hanya bertahan sekejap sahaja. Selagi tak dirawat puncanya, biasa sakitnya akan datang berulang.
Sakit kepala yg dialami oleh pesakit boleh dikaitkan dengan :
1. Masalah resdung
2. Toksid yg berlebihan dalam badan
3. Angin yg berlebihan dalam badan. Masalah Gerd, Asid Reflux, gastritis dll.
4. Masalah saraf tersepit cth seperti di tulang cervical.
Keluhan @ semboyan sakit yg dialami oleh pesakit adalah penting kepada perawat agar dapat diikhtiarkan rawatan yang bersesuaian buat pesakit.
Antara ikhtiar rawatan yg boleh diikhtiarkan ialah seperti :
a) Bekam darah. Spot kepala antara spot amat digalakkan.
b) Terapi Resdung jika masalah resdung
c) Terapi Yumeiho atau lain2 jika berkaitan masalah saraf tersepit
d) Ubatan homeopati
e) Akupuntur
f) Rukhyah
Lagi satu jika perjalanan darah semakin baik atau lebihan toksid berjaya dikeluarkan, ini juga dapat meredakan atau menyembuhkan sakit kepala kuat yang dialami pesakit.
Semoga info ini bermanfaat buat kalian.
Kaedah rawatan alami tanpa dadah, tanpa bahan kimia dan tanpa kesan sampingan negatif. Jika tepat kaedah rawatannya, in sya Allah sembuh sakit yg dideritai.

Friday 3 April 2020

TONSIL DAN RAWATAN

Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Akibat Bakteria Dan Sistem Antibodi Lemah:
Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak dan lazimnya, jika mengalami sakit tekak seperti ini, ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.
Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut.
Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita, sekaligus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai tonsilitis.kecutkan bengkak tonsil, tonsil bengkak, punca tonsil bengkak, rawatan tonsil bengkak, cara kecutkan tonsil bengkak,
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan tonsil membengkak.
Tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan perit di bahagian tekak, sukar untuk menelan makanan ataupun air liur dan sekaligus membantutkan selera makan.
Kadang kala boleh jadi lebih teruk, mungkin akan mengalami demam yang tinggi suhunya dan tonsil boleh membengkak hingga mencapai saiz yang besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah boleh mengganggu pernafasan.
Secara amnya, tonsil yang membengkak akan pulih dengan sendirinya, namun mungkin mengambil masa. Dan sekiranya tonsil dijangkiti bakteria, doktor menyarankan supaya mengambil antibiotik supaya penyembuhan berlaku lebih cepat.
Sekiranya sistem pertahanan badan kita lemah, masalah tonsil membengkak boleh berulang empat atau lima kali setahun. Jika ini berlaku, biasanya doktor akan nasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.
Sebelum radang tonsil ini menjadi lebih teruk dan membengkak lebih besar, saya nak kongsikan 4 cara mudah untuk kecutkan bengkak tonsil yang anda boleh buat hanya di rumah.
4 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil
1. Banyakkan minum air masak dan air suam
Cara ini yang paling mudah dan yang paling senang. Banyakkan minum air masak suam. Elakkan minum air sejuk berais. Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.kecutkan bengkak tonsil, tonsil bengkak, punca tonsil bengkak, rawatan tonsil bengkak, cara kecutkan tonsil bengkak,
2. Pilih Makanan Yang Lembut dan Berkhasiat
Sepanjang tonsil membengkak, tekak akan sakit dan sukar untuk menelan. Seeloknya, pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau nasi bersama sup ayam.
Elakkan makanan yang pedas-pedas dan berempah. Jus buah-buahan juga sangat digalakkan minum. Pastikan jus buah yang dikisar sendiri bukan yang dalam tin atau botol.
3. Elakkan Makanan Manis dan Bergula
Sepanjang saya mengalami bengkak tonsil bulan lepas, salah satu cara yang saya buat, elakkan daripada memakan makanan yang manis dan bergula seperti contoh air manis, kek, kuih muih manis dan pencuci mulut yang mengandungi gula.
Tonsil membengkak salah satunya disebabkan sistem pertahanan (sistem imun) kita lemah.
Gula putih salah satu makanan yang boleh melemahkan sistem imun badan kita. Jadi, seeloknya pantang sementara dan elakkan mengambil makanan bergula sehingga betul-betul sembuh.
4. Tingkatkan Sistem Imun Badan
Sekiranya tonsil anda berulang kali membengkak dan dijangkiti kuman, itu tandanya sistem pertahanan badan anda lemah.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan bengkak tonsil berulang, adalah dengan cara meningkatkan sistem imun badan melalui pengambilan makanan terutamanya badam (almond).
Kaedah lain yg boleh diikhtiarkan ialah dengan pengambilan ubat homeopati yg admin sediakan. Jika diambil dalam dos yg dicadangkan, masalah tonsil boleh dikecutkan tanpa perlu jalani pembedahan.
Kita ikhtiar sembuh dengan izinNya.
Tuan2/puan2 boleh klik link :
www.wasap.my/60122247213/NakUbatTonsil
Semoga memberi manfaat. share dan tag kawan2

Wednesday 1 April 2020

NENAS BATU

Nak share sikit pasal nenas renik @ ada org kata nenas batu. Kecik je saiznya. Tgk gambarnya dengan saiz tangan admin. Mungkin ada yg pernah tengok, mungkin ada yg tak pernah tengok.
Rupanya cukup berkhasiat terutamanya untuk masalah batu karang, kencing tak lawas, gout dll. Rasanya jangan risau, tawar sedikit tak macam nenas biasa yg sedikit masam dan tajam.
Tak susah menanamnya. Dalam pasu dah memadai. Boleh rebus dan buat minuman. In sya Allah jika diamalkan, boleh rawat sakit seperti yg disebutkan.
Kalau susah nak jumpa buah ni di saat terdesak, boleh juga ambil ubat homeopati. Admin boleh sediakan. Jadi hargailah pokok renek @ herba yg ada disekeliling kita.
Kalau admin tak share, ramai yg tak tahu.
Sharing is Caring

HERBA TINGKATKAN ANTIBODI KITA (HABBATUS SAUDA)

Antara herba yg elok diamalkan bagi tingkatkan antibodi kita sempena wabak COVID-19
Admin dah amalkan semenjak tahun 2014 hingga kini. Nak ambil direct dalam bentuk cecair ramai yg tak berdaya. Dengan cara "cold pressed", cecairnya dimasukkan ke dalam kapsul. Hanya telan sahaja dan minum air putih. Kapsul cepat pecah di perut. Gasnya akan cepat terasa ditekak.
Baca ni :
Daripada Buraidah R.A katanya Rasulullah SAW bersabda "Pada Habbatus sauda terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".
Ketika situasi pandemik ni pun amat2 membantu. Amalkan secara konsisten in sya Allah membantu tingkatkan antibodi. Ini antara ikhtiar yg boleh kita lakukan. Yg lain berserah kepadaNya.
Buat abe2, kalau mokok ada budget, ini tak sepatutnya tak da budget

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Memandangkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak berkuasa, admin mengambil langkah sama untuk memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19 ini. Buat masa ini operasi rawatan masih diberhentikan operasi.
Kepada pasien yg mengadu sakit belakang terapi tak dapat ikhtiarkan lagi rawatan sakit belakang, mungkin anda boleh buat kaedah urutan tangan anda. Mana2 bahagian yg sakit, diurut berulang kali sehingga rasa lega.
Sambil tu, ikhtiarkan juga tingkatkan imuniti / antibodi badan masing2. Amalkan setiap hari herba2 alami seperti Habbatus sauda, madu, minyak zaitun, cuka organik, aloe vera gel, stevia dll. Bila antibodi kuat, ianya bantu untuk hindarkan diri dari serangan sakit yg "acute". Bila diuji serangan sakit, kesembuhan akan lebih cepat..in sya Allah.
Selain itu, boleh juga standby ubat homeopati NT Infeksi dan Antibodi "Biochemic". Ini merupakan cara kita bantu pihak berkuasa KKM untuk bantu kurangkan statistik yg semakin meningkat.

RESDUNG DAN COVID-19

Resdung dan COVID-19
Ketika situasi pandemik COVID-19, pesakit resdung dinasihatkan lebih berhati-hati ketika berada di khalayak ramai. Situasi kerap bersin dan hidung berair akan lebih menarik perhatian pihak berkuasa untuk nasihatkan anda jalani saringan COVID-19 walaupun anda bukanlah pembawa virus berkenaan. Walau bagaimanapun anda tetap dinasihatkan jalani rawatan resdung untuk mengelakkan masalah semakin teruk.
Dilampirkan di sini beberapa tanda-tanda masalah resdung seperti berikut sebagai panduan :
KENALI 20 TANDA-TANDA RESDUNG :
1. Hidung tersumbat
2. Lendir daripada hidung dan tekak
3. Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
6. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
7. Hidung berair
8. Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
9. Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
10. Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
11. Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
12. Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
13. Pening kepala.
14. Hidung tersumbat.
15. Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
16. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
17. Demam atau rasa tidak sedap badan.
18. Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
19. Kurang deria rasa atau bau.
20. Kelesuan.
Jom Rawat kaedah DrResd yakni gabungan tradisional dan moden
Yang terbaik amalkan juga sama ada kapsul herba resdung ataupun ubat homeopati sistem pernafasan "Kali Bich"
Sementara situasi yang tak mengizinkan untuk jalani rawatan resdung ni, anda bolehlah amalkan ubat homeopati sistem pernafasan "Kali Bich" yang sentiasa admin sediakan.