Friday 24 July 2015

BEKAM GOUT DAN HOMEOPATI

Ini sesi bekam yang saya lakukan buat pesakit gout dari Putra Perdana. Bila dah kena kata beliau kaki rasa sengal2 dan ketat, serta susah nak dilipat jari2 kaki. Nak jalan pun agak sukar. Alhamdulillah kata beliau dah kurang sakit berbanding sebelum dibekam. Saya sinergikan juga dengan ubat homeopati untuk lebih kesan penyembuhan. In sya Allah bila dimakan ikut aturan, kesan baik akan lebih ketara. Yang penting jaga pemakanan juga, maklumlah musim raya ini, makan agak mewah juga. Moga beliau lebih sihat hendaknya selepas dibekam.

Yop Khairul 012 2247213 ‪#‎bekam‬ ‪#‎yumeiho‬ ‪#‎resdung‬ ‪#‎homeopati‬ ‪#‎coloncleansing‬
Dll


Bagi pesakit gout dan ada masalah asid urik yg tinggi, anda bolehlah ikhtiarkan dengan berbekam. Selain itu jaga pemakanan. Saya juga boleh sinergikan rawatan bekam dengan pemakanan ubat yg bersifat alami seperti homeopati dan produk suplemen penjagaan usus aloe vera. In sya Allah penyembuhan lebih cepat. Saya akan memberi panduan cara2 pemakanannya.
J

TERAPI YUMEIHO

Pelanggan saya dari Seri Kembangan ini sebelumnya telah menjalani terapi bekam. Kali ini beliau menjalani terapi Yumeiho dengan saya pula. Terapi yang membantu masalah tulang belakang, dislokasi tulang pinggul, slipped disc, masalah saraf tersepit, pelenturan otot, memulihkan sendi2 yang bermasalah dan membantu aliran darah.

Testimoni yang saya tunjukkan kepada beliau sebelum dan selepas dilakukan terapi pijatan disebelah kaki berbanding kaki yang tidak dilakukan pijatan. Secara ringkasnya aliran darah dah lancar, kaki pun dah mula ada kekuatan.

Yop Khairul 0122247213
Pm/whattSap saya untuk temujanji Yumeiho.

Terapi Pembetulan Tulang dan Bekam

Pelanggan saya dari Putrajaya semalam yg merasai sentuhan tangan saya untuk terapi Yumeiho dan diikuti bekam darah. Suatu pengalaman yang baru buat beliau apabila di Yumeihokan oleh saya.

Untuk makluman, terapi pembetulan tulang dan urutan saraf Yumeiho ini merupakan suatu kaedah membetulkan tulang2 tubuh, mengendurkan/melembutkan otot2, membetulkan dislokasi tulang pinggul, memulihkan sendi2 bermasalah dan menata kembali tulang2 dengan cara menarik, pembetulan dan tekanan2 vertikal yang banyak memberikan hasil kesembuhan. Sbg contoh kaki yang pendek sebelah tanpa kita sedari. Akibat tiada pembetulan, kaki yg lagi satu boleh terbeban. 

Pm saya di 012 2247213 untuk temujanji terapi tulang/bekam. In sya Allah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.

Wednesday 22 July 2015

KENAPA PERLU BERBEKAM

Anda sering rasa lesu, badan rasa macam berat jek, lenguh sana sini, sakit belakang, rasa nak pitam, rasa nak mengantuk, tak da mood, tak da semangat nak buat kerja, rasa malas, melepek, rasa tak cukup tido walaupun dah masuk tidur pukul 9 malam. Umur muda lagi tapi muka dan badan macam berumur sangat, layu dan kusam.

Faktor2 penyumbang :
- faktor umur semakin meningkat
- faktor tak cukup tidur
- kurang minum air masak
- kurang bersenam
-pemakanan yang banyak toksin even air paip yang tak bertapis pun ada toksin
- radiasi sana sini. Kerja seharian menghadap PC, dalam rumah ada wifi, tidur dengan hp kat kepala.
- darah tak jalan lancar, banyak saluran darah tersumbat, oksigen tak sampai. Akibatnya cepat rasa penat.
- Angin banyak dalam badan
- sel2 banyak mati dalam badan sebab banyak radiasi
- cepat rasa nak marah, sebab penat, tension, jiwa kacau. Nak bersenam untuk keluarkan peluh tak da masa pulak.

Tuan2 boleh ikhtiarkan dengan menjalani terapi bekam sunnah bagi mengeluarkan darah kotor/bermasalah yang banyak menyumbang kepada sakit2 dan lesu2 badan.
Mengapa perlu berbekam.
Selepas 120 hari sel darah merah dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urid, urea yang mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel ini akan digantikan oleh sel darah merah yg baru yg mengandungi oksigen dan nutrien yg diperlukan oleh sel tubuh.


Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limpa, ginjal dan hati untuk berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Tambahan pula kita kini banyak terdedah kepada gaya hidup yang tidak sihat, makanan yang mengandungi bahan perasa tiruan, bahan pengawet, MSG, pewarna tiruan, makanan berminyak/bersantan, stres dan sebagainya.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah terasa lesu, letih, tak sedap badan, kebas2 kaki dan tangan, tak bermaya, kurang segar, pening, cepat bosan, murung, mudah marah, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Sabda Nabi SAW :
"Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat, mereka selalu berkata; hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam" (HR Ibnu Majah)


Bekam sunnah ini boleh membantu mengubati pelbagai penyakit yang bersangkutan dengan masalah perjalanan darah yang tidak lancar, meringankan otot yang tegang, meningkatkan aktiviti darah/meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang, menghilangkan kejang2 dan luka dalaman, masalah kulit, membuang lebihan asid urik/kolesterol/gula, membuang darah beku/darah berpenyakit, membantu meringankan tugas buah pinggang dan lain2 masalah.
Tuan2 boleh buat temujanji dengan saya dengan menaip <bekam> <tarikh> <masa> <nama> <lokasi> ke 012 2247213

‪#‎pembetulantulang‬ ‪#‎resdung‬ ‪#‎bekamapi‬ ‪#‎homeopati‬ ‪#‎produkcuciusus‬ ‪#‎dllmodeliti‬

Thursday 9 July 2015

PERKONGSIAN DIAGNOS TAPAK TANGAN

Sekadar perkongsian diagnos tapak tangan.

1. Warna merah tapak tangan yang jelas
- Kolesterol
- Unsur panas


2. Warna kuning
- masalah pada hati


3. Warna pucat
- Kurang darah/darah rendah


Tahukah anda garis utama di tapak tangan manusia, bertulis angka arab iaitu 81 dan 18. Jika dicantumkan kedua tangan maka jumlahnya 99 iaitu nama Allah yang disebutkan dalam Al Quran.

MASALAH MIGRAIN

Migrain

Bagi pesakit yg mengalami sakit migrain, antara saranan2 doktor ialah rawatan dengan ubat2an atau tiada ubat2an.
Secara tiada ubatan ialah :


-menggunakan ais dan rehat yg cukup
-tidur
-ubah gaya hidup seperti kawal merokok
-elakkan beberapa jenis makanan terutamanya yg mempunyai kandungan tyramine yg tinggi seperti keju dan juga yang mempunyai sulphite atau nitrate seperti minuman keras dan kekacang.
-pengambilan air yg mencukupi serta senaman yg mencukupi
-rawatan akupuntur
Sumber : 55 Soal Jawab Penyakit bersama Dr Ezairy


Satu lagi kaedah rawatan sunnah yg juga terbaik dalam merawat masalah migrain ialah bekam darah selain teknik terapi Yumeiho/kiropratik. 

Kalau bekam pun ada yg susah juga nak buat, saya cuba kaedah Yumeiho pula atau akupuntur. Ikhtiar jangan tak ikhtiar.

RAWATAN RESDUNG BIO HERBA IN SYA ALLAH TAK MENYAKITKAN


Pelanggan saya dari Tmn U ini kali pertama menjalani kaedah rawatan resdung bio herba dengan saya tempoh hari. Sebelum ini sudah mencuba kaedah asap utk mengeluarkan hama. Keluhan seperti gatal2 muka, jerawat, mudah berhingus dan berlendir, sensitif dgn habuk dan adakalanya sakit kepala.

Lega hidung katanya dan ringan muka selepas lendir yg pekat berjaya ditarik keluar.

Bagi tuan2/puan2 yg ada masalah seperti masalah bersin2, hidung tersumbat, gatal, berbau, muka berjerawat, gatal muka/mata, sering pening kepala dan alahan seafood dan habuk, bolehlah ikhtiar menjalani kaedah rawatan resdung inovasi terkini yg tidak menyakitkan.

In sya Allah tak menyakitkan. Sekali cuba pasti akan datang lagi.

Pm saya di 012 2247213

ALOE BEKAM

Terkini saya ada menyediakan pakej ALOE BEKAM. 

Untuk makluman tuan2/puan2, saya kombinasikan rawatan bekam dan pemakanan sunnah aloe vera atau yg kita panggil lidah buaya. Kombinasi rawatan dan pemakanan untuk kesihatan yang lebih baik. Tujuan pemakanan jus lidah buaya untuk cuci usus. In sya Allah proses pemulihan akan lebih cepat.

Sedikit info berkenaan Aloe Vera (lidah buaya).

Pernahkah Anda?
Makan produk atau suplemen kesihatan tetapi tidak memberi kesan kepada tubuh badan?

INGIN TAHU MENGAPA?

TOKSIN dan KOTORAN di dalam USUS perut adalah SEBAB UTAMA mengapa supplimen lain TIDAK BERKESAN pada tubuh anda.

BERSIHKAN USUS ANDA HARI INI!!!

FAKTA : Kebanyakan supplemen tidak memberi kesan kepada tubuh badan & kecantikan adalah disebabkan USUS anda yang kotor hasil dari pemakanan kita puluhan tahun!

JUS ALOE VERA GEL ADALAH JAWAPANNYA!!

KESAN SEAWAL 3 HARI SAHAJA SELEPAS PENGAMBILAN JUS ALOE VERA GEL!!
MANFAAT PENGAMBILAN JUS ALOE VERA GEL :
● PENYAHTOKSIN DLM BADAN
● MENGATASI MASALAH SEMBELIT
● MEMBANTU PROSES PENGHADAMAN
● MENGUATKAN SISTEM IMUN
● MENGURANGKAN MASALAH SERING KELETIHAN
● MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH KOLESTROL TINGGI
● SUMBER NUTRIEN YG TINGGI
● ANTIOKSIDAN EFEKTIF-membantu meneutralkan kerosakan radikal bebas
● MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN DAN PEMBAIKPULIHAN
● MASALAH TIDUR

MEMBANTU MERAWAT KULIT BERMASALAH/KULIT YG LEBIH SIHAT
● MEMBANTU DALAM PENGURUSAN BERAT BADAN DAN PERUT BUNCIT
● MASALAH HORMON
● MENINGKATKAN TENAGA - Meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel dan dengan demik
ian meningkatkan tahap tenaga
● RAHSIA KECANTIKAN DALAMAN / KEPUTIHAN / SENGGUGUT
KURANG
DAN BANYAK LAGI


Produk kualiti terbaik hanya untuk mereka yang betul-betul serius menginginkan usus yang bersih dan sihat.
Pakej ALOE BEKAM yang saya sediakan pada harga RM160. Lepas bekam bawa balik botol jus Aloe Vera 1 liter yg bernilai RM90. Kelebihan-produk yg mudah dimana-mana.

Pm saya di 0122247213 Yop Khairolanuar

PENGAMAL NATUROPATI DIIKTIRAF




Keratan akhbar Sinar Harian semalam ini mengenai liputan majlis graduasi yg dihadiri saya dan rakan2 perawat naturopati di USM Kubang Kerian tempoh hari. In sya Allah rawatan naturopati yg bersifat alami semakin diterima dan mendapat pengiktirafan masyarakat.

Sunday 28 June 2015

 Saya juga menyediakan rawatan resdung bio herba 8 dalam 1. Bagi sesiapa yang ada masalah gejala seperti bersin2, hidung tersumbat, gatal dan berbau, muka berjerawat, gatal muka dan mata, sering pening kepala dan alahan seafood dan habuk, bolehlah dapatkan rawatan dengan saya. Tel atau whattsap/sms saya di 012 2247213

Terapi Yumeiho

Ramai juga yg bertanya saya Yumeiho ni terapi apa.

Terapi Yumeiho adalah suatu metod untuk membetulkan tulang2 seluruh tubuh, mengendurkan/pelenturan otot2 dan jaringan sel2 organik secara radikal untuk menghilangkan penyakit dengan tulang pinggul sebagai pusatnya. Kaedah yang dilakukan ialah dengan melakukan beberapa teknik pijatan, memulihkan sendi2 yang bermasalah dan menata kembali tulang2 dengan cara menarik, pembetulan dan tekanan2 vertikal yang banyak memberi hasil kesembuhan.
Kelebihan Terapi Yumeiho
Membantu dalam meredakan/memulihkan masalah :
● Saraf tersepit
● Sakit pinggul ● Slipped disc ● Lemah syahwat
● Kesuburan/Senggugut ● Haid tidak teratur
● Kebas kaki/tangan ● Kaku leher / Bahu
● Stres ● Vertigo   ● Migrain ● Insomnia ● Sakit kepala
Dll

Hubungi saya di 012 2247213 Yop Khairul untuk temujanji
JOM BEKAM Sunnah's photo.




Antara gerakan terapi 'Body Alignment' Yumeiho yang saya lakukan ke atas pasien yg ada masalah tulang belakang dan tulang pinggul.