Tidak, ini kerana kaedah bekam darah
sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yg dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yg dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat
laju hingga membuatkan anda tidak sedar yg tusukan sedang berlaku pada kulit
anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah
blood test atau ujian kencing manis.
(2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam
darah?
Ya, selamat. Ini
kerana kami menggunakan lancet (jarum)
pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum
baru. Semua peralatan bekam kami akan melalui proses steril selama 15 minit
menggunakan UV STERILIZER sebelum
proses berbekam dijalankan.
(3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu
memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21 hb kalendar Islam.
Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.
(4) Individu manakah yang dilarang keras
berbekam?
Individu yang
dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua
uzur, penghidap kanser darah, penghidap tekanan darah rendah serius, penghidap
penyakit kulit serius, wanita hamil dan individu yang disahkan memiliki darah
yang terlalu cair.
(5) Kaedah bekam manakah yang memberikan
kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang
memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
(6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala
sunah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah.
(7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan
bekam darah?
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam
sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam 2
minggu sekali.
(8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan JANGAN
mandi, makan makanan berat, melakukan hubungan seks, melakukan kerja berat, memandu
dalam jarak yang jauh ataupun tidur dalam tempoh 2 jam selepas menjalani bekam
sunnah. Ini adalah kerana sistem metabolisme tubuh anda sedang aktif
menghasilkan hormon regenerasi sel, antibodi dan sel2 darah yg baru. Tubuh badan
perlu berada dalam keadaan stabil dan cukup tenaga. Juga bagi mengelakkan tubuh
anda dari terkejut.
(9) Apakah tip sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum
temujanji bekam ataupun perut dan keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.
10) Bagaimana berbekam
berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?
a) Darah kotor
yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi
toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur
gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana
badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.
b) Akibat
tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi
sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat
kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan
dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu
berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon
tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2
berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara
auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan
jantung.
c) Apabila
berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan.
Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik
kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang
membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka
tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
No comments:
Post a Comment