Sunday 6 October 2013

INFO PASAL ANGIN

Rata2 patient yang saya bekam darah, banyak angin kat badan diorang. Kat bawah ni sedikit info pasal angin dalam badan kita dan sebab musababnya yg saya petik dr seorang blogger yg perihatin mengenai kesihatan.

Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
•Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Selain dr beberapa kaedah untuk mengurangkan angin seperti banyak minum air masak, makan bawang putih, minum air halia, berurut, BERBEKAM juga cara yang amat efektif untuk menarik keluar angin daripada badan kita (cuma berbekam blogger ni lupa nak letak).

Tu la bila lepas berbekam bila mana darah kotor dan angin keluar serentak, kebiasaannya badan patient akan rasa ringan dan lega samada 'immediate' atau keesokkannya.

Siapa yang belum mencuba berbekam, saya amat2 syorkan. Dah banyak testimoni dr patient di luar sana.

Yop Khairul 012 2247213

BEKAM SAKIT PINGGANG


 Ramai juga di kalangan kita yang mengalami masalah sakit pinggang sama ada sikit atau kuat. Kadang2 kita boleh rasa macam ada ketul2 kat bahagian tu. Kalau dah tak tahan, anak2 yang jadi mangsa disuruh pijak bahagian pinggang anda ye tak. Lega la sekejap. Lepas tu datang balik.

Apa kata tuan2 berbekam. Antara poin yg saya tekankan ialah seperti kat dalam gambar2 di bawah.

Insya Allah lepas bekam di bahagian pinggang, cthnya kiri, kanan dan tengah, sakit pinggang tuan2 akan berkurangan.

Yop Khairul 012 2247213 ( call/sms/whattsap untuk temujanji bekam
)





MEMAHAMI ASID URIK

Memahami Asid Urik

Asid urik merupakan sisa produk daripada pemecahan purin, bahan yg dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan yg kita makan. Bahan ini dikumuhkan melalui air kencing, tetapi apabila terlalu banyak asid urik dihasilkan, ini boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dan karang buah pinggang.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan makanan yg mengandungi banyak purin seperti daging organ, angsa, itik, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yg kaya dengan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau. Pengambilan alkohol yg berlebihan terutamanya bir juga menyebabkan paras asid urik meningkat.

Pengambilan makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan asid urik dalam darah - hyperuricemia - menyebabkan air kencing menjadi berasid. Asid urik ini akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.

Sumber : Abbott Health Supplement

Jadi kalau tuan2/puan2 dah ada tanda2 macam ni bolehlah berikhtiar dengan berbekam. Kaedah yang tiada kesan sampingan dan tak menggunakan dadah. Insya Allah dah ramai yang mencuba dan sembuh atau kurang dengan banyak.

Yop Khairul 012 2247213

BLOOD PRESSURE MONITOR

Lupa nak memperkenalkan alat kat sebelah ni yg saya dah gunakan beberapa kali.

Inilah dia alat Blood Pressure monitor. Tujuannya bagi saya memeriksa tekanan darah tuan2 sebelum menjalani rawatan berbekam. Kadang2 ada yg tak pasti mereka dalam kategori mana. Tinggi, normal atau rendah. Ialah kadang2 ada antara kita terlalu sibuk dengan aktiviti harian sampai terlupa memeriksa tahap kesihatan diri. Jadi saya membantu tuan2 untuk memeriksa tahap tekanan darah tuan2 sama ada berada dalam kategori rendah, normal atau tinggi. Ini untuk kebaikan saya juga agar lebih mudah menjalankan kerja2 berbekam dan memantau 'patient' semasa dan selepas berbekam. Sesekala kena ambil ilmu kedoktoran juga ya..untuk kebaikan diri saya dan tuan2.

Yop Khairul 012 2247213
Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah