Sunday 8 December 2013

REPEAT BEKAM

Sesi bekam ke dua buat adik beradik petang tadi yg agak panjang juga. Sdra Zuhairi kali ke 2 berbekam. Kali terakhir berbekam dalam setahun lebih. Beliau mengadu sakit/lenguh di bahagian kaki memandangkan tugas beliau sebagai anggota keselamatan, adakalanya kena berdiri lama. Kemudian berubah fikiran untuk buat bekam overhaul terus.

Alhamdulillah, mana nak sangka, selepas berbekam memang darah kotor dalam kategori banyak/likat berjeli juga beserta angin dikesemua cup. Juga di bahagian tertentu kaki beliau banyak juga darah kotor yg agak pekat.

Manakala adik beliau, sdra Zulhusni kali terakhir berbekam dengan saya dalam 1 1/2 bulan lepas. Beliau mengadu sakit2 di bahagian bahu berdekatan leher kanan dan di sekitar otot saraf tunjang sebelah kiri tengah. Urutan yg saya lakukan memang mengesan sendi yg agak tegang di bahagian berkenaan dan juga sekitar belikat dan bawah leher.

W/pun jarak berbekam sebelum ini yg tak berapa jauh tapi boleh dikatakan hampir keseluruhan cup banyak darah kotornya dan agak pekat beserta angin. Boleh dikatakan sebagai 'timing' yang bagus juga kedatangan beliau ke pusat rawatan saya tatkala badan beliau dah mula bagi isyarat sakit-sakit. Janganlah ditunggu lagi. Makan ubat tahan sakit atau ubat angin boleh, tapi biasanya bertahan untuk tempoh yang sementara. Jadi ikhtiarlah dengan berbekam. Saya sedia membantu anda.

Semoga mereka berdua diberikan kesembuhan yg maksimum..in sya Allah.

Yop Khairul 012 2247213
Call/sms/whattsap untuk temujanji bekam.
Selesai membekam sahabat saya, Kamarul hari Jumaat baru ni. Kali terakhir beliau berbekam dengan saya dalam awal bulan 10.

Kali ini untuk servis badan semula bila dah ada tanda2 lesu badan. Tak dilepaskan beliau berbekam dikepala yakni poin terbaik berbekam. Beliau juga bagi tahu dah lama tak sakit kepala semenjak amalkan bekam ni.

Terlebih dahulu urutan belakang badan saya lakukan. Memang ada mengesan sedikit ketegangan otot di sekitar tulang belikat dan sepanjang otot saraf tunjang.

Hasilnya selepas dibekam, hasilnya agak memberansangkan. Rata2nya cup sekitar bahu menghala ke kepala memang banyak darah kotor yg agak pekat beserta angin badan.

Bekaman di kawasan kaki juga dah mula mengesan kehadiran asid urik berbanding sesi bekam di awal bulan 10 dulu. In sya Allah servis bekam di kaki juga dapat mengatasi masalah kaki cepat lenguh/kebas2 atau 'cramp'.

Alhamdulillah, sebaik sahaja selepas berbekam, beliau bagi tahu badan rasa ringan. Haa..hanya tuan punya badan yang akan rasai sendiri.

Yop Khairul 012 2247213
 
Unl

KELEBIHAN BERBEKAM DI KEPALA

Point bekam dikepala ini paling istimewa. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 100 penyakit. 
Untuk melakukan bekam di bahagian kepala, pesakit kenalah bercukur dahulu.
Antara kelebihan di puncak kepala:

1) Dapat meningkatkan daya ingatan dan memori.

2) Dapat menajamkan penglihatan dan mengurangkan rabun.

3) Dapat menyembuhkan masalah saka dan sihir

4) Dapat menyembuhkan sihir santau

5) Mampu menyembuhkan masalah strok. 


Sunday 6 October 2013

INFO PASAL ANGIN

Rata2 patient yang saya bekam darah, banyak angin kat badan diorang. Kat bawah ni sedikit info pasal angin dalam badan kita dan sebab musababnya yg saya petik dr seorang blogger yg perihatin mengenai kesihatan.

Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
•Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Selain dr beberapa kaedah untuk mengurangkan angin seperti banyak minum air masak, makan bawang putih, minum air halia, berurut, BERBEKAM juga cara yang amat efektif untuk menarik keluar angin daripada badan kita (cuma berbekam blogger ni lupa nak letak).

Tu la bila lepas berbekam bila mana darah kotor dan angin keluar serentak, kebiasaannya badan patient akan rasa ringan dan lega samada 'immediate' atau keesokkannya.

Siapa yang belum mencuba berbekam, saya amat2 syorkan. Dah banyak testimoni dr patient di luar sana.

Yop Khairul 012 2247213

BEKAM SAKIT PINGGANG


 Ramai juga di kalangan kita yang mengalami masalah sakit pinggang sama ada sikit atau kuat. Kadang2 kita boleh rasa macam ada ketul2 kat bahagian tu. Kalau dah tak tahan, anak2 yang jadi mangsa disuruh pijak bahagian pinggang anda ye tak. Lega la sekejap. Lepas tu datang balik.

Apa kata tuan2 berbekam. Antara poin yg saya tekankan ialah seperti kat dalam gambar2 di bawah.

Insya Allah lepas bekam di bahagian pinggang, cthnya kiri, kanan dan tengah, sakit pinggang tuan2 akan berkurangan.

Yop Khairul 012 2247213 ( call/sms/whattsap untuk temujanji bekam
)





MEMAHAMI ASID URIK

Memahami Asid Urik

Asid urik merupakan sisa produk daripada pemecahan purin, bahan yg dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan yg kita makan. Bahan ini dikumuhkan melalui air kencing, tetapi apabila terlalu banyak asid urik dihasilkan, ini boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dan karang buah pinggang.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan makanan yg mengandungi banyak purin seperti daging organ, angsa, itik, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yg kaya dengan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau. Pengambilan alkohol yg berlebihan terutamanya bir juga menyebabkan paras asid urik meningkat.

Pengambilan makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan asid urik dalam darah - hyperuricemia - menyebabkan air kencing menjadi berasid. Asid urik ini akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.

Sumber : Abbott Health Supplement

Jadi kalau tuan2/puan2 dah ada tanda2 macam ni bolehlah berikhtiar dengan berbekam. Kaedah yang tiada kesan sampingan dan tak menggunakan dadah. Insya Allah dah ramai yang mencuba dan sembuh atau kurang dengan banyak.

Yop Khairul 012 2247213

BLOOD PRESSURE MONITOR

Lupa nak memperkenalkan alat kat sebelah ni yg saya dah gunakan beberapa kali.

Inilah dia alat Blood Pressure monitor. Tujuannya bagi saya memeriksa tekanan darah tuan2 sebelum menjalani rawatan berbekam. Kadang2 ada yg tak pasti mereka dalam kategori mana. Tinggi, normal atau rendah. Ialah kadang2 ada antara kita terlalu sibuk dengan aktiviti harian sampai terlupa memeriksa tahap kesihatan diri. Jadi saya membantu tuan2 untuk memeriksa tahap tekanan darah tuan2 sama ada berada dalam kategori rendah, normal atau tinggi. Ini untuk kebaikan saya juga agar lebih mudah menjalankan kerja2 berbekam dan memantau 'patient' semasa dan selepas berbekam. Sesekala kena ambil ilmu kedoktoran juga ya..untuk kebaikan diri saya dan tuan2.

Yop Khairul 012 2247213
Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah

Thursday 19 September 2013

SHARING IS CARING

Baru baca buku pasal penyakit migrain dan kaedah rawatannya.

Dalam banyak2 kaedah rawatan seperti akupunktur, reiki, refleksologi, aromaterapi atau terapi herba, malangnya kaedah bekam langsung tak disentuh. Sedangkan kaedah bekamlah merupakan cara yang efektif mengatasi masalah migrain atau sakit kepala tanpa ada kesan sampingan atau menggunakan dadah. Ini berdasarkan pengalaman saya dan patient sendiri.

Ada yang tak kena pada buku ni.

Tuesday 10 September 2013

JOM BEKAM

Sharing is Caring

Pernahkah Anda Buat Sesuatu Untuk Buang Toksin dalam Badan Seumur Hidup Anda.

Bayangkan sekiranya kita tak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umur mencecah ke angka 30an atau 40an...bermakna pelbagai jenis toksin telah bersarang dalam badan kita. Jika sistem badan tidak mampu membuang toksin secara semulajadi, itulah yang akan menyebabkan kulit kelihatan kusam, berjerawat, sembelit, dan pelbagai lagi. Toksin yg kita kumpul itu macam bom jangka. Boleh meletup bila-bila masa sahaja. Cuma tunggu dan lihat sahaja. Kita tak perlu ambil sikap bertindak bila dah sakit.Kalau dah sakit, gaya hidup kita akan berubah 100%...benda-benda yang menjadi kegemaran kita semasa sihat semua kena pantang.

Menurut kajian pakar, hampir 90% penyakit yg seseorang hidapi adalah berpunca dari toksin yang berlebihan dalam badan.

Mengamalkan gaya hidup kurang sihat dan corak pemakanan yang tidak betul punca terjadinya toksin. Pengambilan ubatan kimia, merokok, minuman keras, makan makanan yang banyak bahan pengawet, perisa tiruan dan macam-macam benda lagi masuk ke perut kita penyebab utama pengumpulan toksin. Apatah lagi kita ni dalam kategori yang agak malas bersenam.

Cara yang terbaik yang boleh kita ikhtiarkan ialah berbekam.

Sila call/sms/whattsap saya, Yop Khairul 012-2247213 untuk sebarang temujanji berbekam.

Visit and like page www.facebook.com/jombekamsunnah.

Sunday 4 August 2013

BERBEKAM DI BULAN PUASA

Selesai berbekam saudara Saf dari B.Sunway yg mengambil masa hampir 1 1/2 jam. Beliau ni kali kedua berbekam. Kali pertama berbekam tahun lepas dgn org lain. Beliau bg tahu ada masalah gout jugak terutamanya bahagian bhgian siku kiri dan belakang buku lali kaki kiri (kiri dan kanan). Kali ni bekam overhaul 22 cup semasa berpuasa. Hasilnya amat memberangsangkan. Bahagian yg banyak mengeluarkan darah kotor berjelly antaranya 2 tempat di kepala, bahu kiri, bhgn barisan kedua tulang belakang, barisan kedua dr pinggang, siku kiri dan jugak buku lali kaki kiri.
Kesimpulannya matlamat beliau berbekam hari ni sukses, Insya Allah.

Dari saya 012 2247213 Yop Khairul.
Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah utk saya berikan servis terbaik untuk anda.

Saturday 3 August 2013

PERBEZAAN ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM

PERBEZAAN ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM

Bekam Al Hijamah


•Darah dikeluarkan dari kapilari (salur darah halus bawah kulit) berbanding dengan arteri
•Tiada darah putih keluar bersama kotoran berbanding dengan derma darah
•Mengeluarkan sel-sel yang rosak, kotoran seperti LDL dan zat besi yang berlebihan (talasemia)
•Tidak mengeluarkan sebarang zat-zat yang masih diperlukan oleh tubuh

Derma Darah


•Darah dikeluarkan dari pembuluh darah (salur darah besar)
•Ada darah putih keluar bersama darah merah
•Mengeluarkan HDL tetapi tidak LDL
•Mengeluarkan zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh

POINT THIBBUN NABAWI ( POINT BEKAM RASULULLAH)



POINT THIBBUN NABAWI   (POINT BEKAM RASULULLAH)

Rasulullah SAW selalu berbekam di point berikut:
A. Puncak kepala
B. Leher
C. Tengkuk
D. Bahu
E. Pinggang
F. Lutut

Thursday 1 August 2013

DARAH KOTOR DAN ASID URIK

Sharing is caring.

Antara contoh darah kotor yang dikesan mengandungi asid urik.
Kalau diperhatikan gambar dibawah, disamping darah kotor yang berwarna merah kegelapan, juga terdapat tompokan lendir berwarna keputihan. Kalau kita tengok secara dekat, nampak macam telur ikan halus. Itulah asid urik dimana kehadirannya boleh menyebabkan kita sakit gout atau sakit sendi. Ramai daripada kita kini dah mula ada simptom2 ini. Kebanyakannya berpunca daripada faktor pemakanan. Bila dah dibekam di kawasan yg ada asid urik ni, ianya amat2 melegakan sipesakit.

Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah
Yop Khairul 012 2247213.

Monday 29 July 2013

PASAL GOUT

BACA!!! SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar digerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah dalam jangka masa singkat selepas pengambilannya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout dikemudian hari. Ubat pain killer boleh merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

ANTARA PUNCA2 SAKIT GOUT IALAH:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
3. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
4. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
5. Gemar makan buah-buahan jeruk seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
6. Gemar makan mee segera
7. Gemar dan kerap minum teh kedai (kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa)
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak (Makan ala kadar sahaja)
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin (Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya).
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya (kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa).
14. Terlalu kerap makan kari (seperti kari ikan dan daging).
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Makan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.




Berikhtiarlah dengan berbekam.

Ikhlas dari saya 012 2247213
Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah

TITIK YANG PALING AFDHAL BERBEKAM


Titik yang paling afdhal berbekam ialah di pusat kepala kerana ia mampu merawat penyakit angin ahmar, hipertensi, pening berpusar, migrain, mencerahkan mata, menghilangkan stres dan menyembuhkan masalah sihir.


Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa "Rasulullah SAW pernah berbekam dikepalanya dan menyebutnya dengan nama Ummu Mughtis".


Harap2 ini dapat menjawab kemusykilan tuan2/puan2 sekalian.
Yop Khairul 012 2247213.


Visit and like page http://www.facebook.com/jombekamsunnah

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BERBEKAM



Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda, anda disyorkan menjalani rawatan bekam paling kurang sebulan sekali. Amalan berbekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat, mencairkan darah, melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan, meningkatkan antibodi di kawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung. Jadi marilah kita sama2 mencegah penyakit jantung dengan berbekam secara istiqamah paling kurang sebulan sekali. Insya Allah kita sama2 mendapat rahmat kesihatan dari Allah.

Ikhlas dari saya 012 2247213 (Yop Khairul)
Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah

Friday 28 June 2013

WAKTU DAN TARIKH YANG DISUNNAHKAN BERBEKAM DARAH

1. 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.

2. Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.

3. Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.


Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah ra. Nabi saw, bersabda,"Barang siapa yang berbekam pada tanggal 17, 19, 21 bulan Hijriyah itu ia adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit."

 Ibnu Sina dalam kitabnya "Al-Qununfii Thibb" menerangkan waktu yang paling baik untuk berbekam iaitu pada waktu tengah hari antara jam dua sampai jam tiga petang karena waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yang mengandung toksik (racun) sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Tuesday 25 June 2013

PROMOSI BEKAM

Salam satu Malaysia. Saya ada menyediakan perkhidmatan berbekam untuk buang darah kotor/toksin, angin dan lebihan asid urid/kolesterol yang menyebabkan gejala penyakit seperti lemah2 badan, migrain, stres, gout, sakit pinggang, resdung, gejala strok, sakit tumit/lutut, radang sendi, bisul, etc. Cajnya amat berpatutan. RM50-00 untuk minima 10 cup (semi overhaul) dan RM100-00 (overhaul) untuk 22 cup. Saya mengamalkan prosedur berbekam 100% steril. Guna pen bekam dan jarum halus (sekali guna terus buang). Jaminan wang dikembalikan sekiranya tiada toksin yang berjaya dikeluarkan.

Visit and like page saya di www.facebook.com/jombekamsunnah untuk saya bermurah hati memberikan lagi percuma 3 cup bagi anda yang pertama kali berbekam dengan saya.

Call/sms/whattsup saya di 012 2247213 atau 019 6383615 (Khairul @ Yop Khairul). Lokasi di Taman Lestari Putra, Jalan LEP 6/2, Seri Kembangan ( berdekatan Taman Equine).

Sabda Nabi :
Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat, mereka selalu berkata; hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam (HR Ibnu Majah).

BEKAM RESDUNG

Sesi berbekam yg agak mencabar 2 hari lepas. Sahabat kita ni ada masalah resdung yg teruk. 2 minggu sudah dah buat. Kali ni repeat lagi sekali. Tengok sajalah darah kotor yg masih banyak. Prosesnya memakan masa. M/balas dr beliau, seminggu selepas berbekam, masalah resdung beliau dah kurang. Lg satu jerawat kat belakang badan dah berkurangan. Kali ini utk proses mengeluarkn saki baki darah kotor yg ada. Insya Allah berbekam kali ke 3 nanti akan menampakkn hasil yg ketara.

Sila call/sms saya di 012 2247213 untuk temujanji dan rawatan.

Saturday 15 June 2013

SOALAN2 DITANYA

Antara soalan2 yg ditanya :
(a) Sakit tak?

Jawapan saya : 


Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan PEN BEKAM (bukan lagi pisau cukur/pisau belit). Tusukan yg dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat laju hingga membuatkan anda tidak sedar yg tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

(b) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah yang encik buat ni?

Jawapan saya :
Ya, selamat. Ini kerana saya menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru. Semua peralatan saya akan melalui proses steril selama 15 minit menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

(c) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Jawapan saya :
Bagi orang yg sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan atau 2 bulan sekali. Dan bagi orang yg berpenyakit, anda dianjurkan berbekam 2 minggu sekali.

(d) Boleh terus memandu tak lepas berbekam, takut2 rasa pedih kat bahagian belakang badan

Jawapan saya :
Ya boleh. Seperti yg saya katakan tadi kaedah yg saya gunakan adalah PEN BEKAM bukan pisau cukur. Kesannya sedikit. Antara maklumbalas dari orang yg pernah berbekam menggunakan pisau cukur ialah pedih sangat dan gatal2 yg lama. Malah parutnya ambil masa yg lama untuk pulih.

(e) Ada pantang larang tak selepas berbekam

Jawapan saya :
Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur. Pesakit tidak digalakkan minum teh tarik, nescafe, milo dan sebagainya tetapi lebihkan minum air mineral/masak.

(f) Golongan mana yg tak boleh berbekam?

Jawapan saya :
Golongan yg fizikalnya terlalu lemah (cth-baru lepas kena strok, demam denggi-terlantar shj), orang tua uzur, penghidap kanser darah, penghidap tekanan darah rendah serius, penghidap penyakit kulit serius, wanita hamil/tengah period dan individu yang disahkan memiliki darah yang terlalu cair.

(g) Apa persiapan/tip sebelum berbekam?

Jawapan saya :
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

(h) Kat muka boleh berbekam ke?
Jawapan saya :
Boleh juga untuk rawatan jerawat, resdung dan individu yg mengalami masalah mata silau.

Call/sms saya di 012-2247213 untuk temujanji dan rawatan.

Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah

Jika ada sebarang pertanyaan lain sila post di timeline saya yer. Sekian. Wassalam.

SEKADAR PERKONGSIAN ILMU

Sekadar perkongsian dr artikel Berita Harian 10/6/13.

Antaranya sempena tanggal 27 Rejab yg dikaitkan dengan peristiwa agung yg berlaku kpd Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj. Misteri kembara agung Baginda SAW bukan shj terhad kpd penegasan ibadat solat dan gambaran seksaan neraka saja, malah membabitkn ilmu lain termasuk sains kesihatan seperti berbekam. Antara hadisnya :


"ketika malam beliau di Israk dan Mikraj dimana sekumpulan malaikat menyuruh Baginda: "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".

Antara kandungan lain..umat islam kini perlu sedar kehebatan dan kepentingan rawatan atau perubatan ini yg menyingkap beribu hikmah terhadap penjagaan kesihatan tubuh manusia.
Ia juga perlu diamalkan dgn penuh keyakinan bukan hanya menganggapnya sbg salah satu perubatan islam bahkn sbg manifestasi percaya dan cinta hakiki seorg Muslim kpd Allah SWT dan kekasihNya, Rasulullah SAW dgn mengikut sunnahnya dalam segenap aspek kehidupan.

Rawatan Overhaul 22 cup

Berbekam overhaul satu badan dua hari sudah sdr Ajeep (22 cup +) - badan, bisul kat peha kanan, lutut (kesan dr accident lama) dan area buku lali kerana masalah sakit tumit. Darah bertoksik dan berjelly kawasan bahu kiri/kanan, barisan kedua/ketiga, tulang belakang serta pinggang kiri dan kanan agak banyak. Manakala bahagian kaki kanan mengeluarkn asid urik yg agak banyak. Ini dpt dilihat dr buih2 yg banyak keluar dan seakan2 telur ikan yg halus berwarna keputihan dpt dilihat. Itu simptom gout tu klu tak bertindak awal.

Mudah2an beliau akan menikmati hari2 akan datang yg lebih baik.


Rawatan overhaul 22 cup mula mendapat tempat kerana kesannya yang lebih menyeluruh disamping caj yang saya tawarkan agak berpatutan (22 cup = RM100-00).

Sila call/sms saya 012 2247213 Khairul @ Yop Kuale utk temujanji dan rawatan.


Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah

Thursday 23 May 2013

ANTARA HARI2 TERBAIK BERBEKAM SUDAH TIBA





Hari terbaik untuk berbekam sudah tiba iaitu 27/5, 29/5 dan 31/5/13 iaitu bersamaan 17, 19 dan 21 Rejab.

Dr Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,
 

"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.

Visit and like www.facebook.com/jombekamsunnah

Call/sms saya di 012 2247213 untuk temujanji dan rawatan.
  

Sunday 19 May 2013

PENYAKIT2 YANG BOLEH DISEMBUHKAN/DIRAWAT OLEH BEKAM



PENYAKIT2 YANG BOLEH DISEMBUHKAN/DIRAWAT OLEH BEKAM
1 Kegemukan (Obesiti)
2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3 Sciatica (Sakit Pinggang)
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6 Gangguan Jantung & Lambung
7 Menurunnya Fungsi Rusuk,Peradangan dan Nyeri Peru
8 Alergi Makanan
9 Sengal Tulang
10 Sesak Nafas
11 Asma
12 Insomnia (Susah Tidur)
13 Cirit Birit
14 Kejang Otot
15 Kencing Manis
16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17 Menggigil Tanpa Demam
18 Kencing Malam
19 Tonsil
20 Gatal-Gatal (Harsh)
21 Radang Usus Besar
22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23 Gangguan Pundi Empedu
24 Pusingan Haid Tidak Teratur
25 Ginjal
26 Tekanan Darah Tinggi
27 Sakit-sakit Lutut
28 Sakit-sakit Di Kaki
29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30 Gangguan Jiwa
31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh
 Darah Otak (Strok)
32 Encok (Gout)
33 Rematoid
34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36 Sinus
37 Sakit Di Daerah Perut
38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39 Buasir
40 Penyakit Jantung
41 Mandul
42 Terlalu Banyak Tidur
43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44 Memperbaiki Peredaran Darah
45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46 Sakit Punggung
47 Sakit Bahu dan Tengkuk
48 Sakit Bahu
49 Badan Kurus
50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52 Jangkitan Kuman
53 Melancarkan Perjalanan Darah
54 Menurunnya Aliran Darah 
55 Tingkatkan Daya Ingatan
56 Tingkatkan Konsentrasi
57 Fistula Ani
58 Sakit Pinggang
59 Sakit Punggung
60 Gangguan Pundi Kemih
61 Kaki Kesemutan
62 Tangan Kesemutan
63 Salah Urat
64 Lumpuh Menyeluruh
65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70 Dingin Di Telapak Kaki
71 Nervous (Tegang / Gelisah)
72 Tumor Otak
73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74 Lutut yang Kaku
75 Gangguan Pankreas
76 Kejang-kejang
77 Tidak Boleh Bercakap
78 Penyakit Mata
79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80 Berhenti Haid
81 Pembekakan Testis
82 Tekanan Darah Rendah
83 Berbagai Penyakit Rahim
84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85 Keluarnya Cairan Vagina
86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87 Untuk Meningkatkan Produktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88 Pusing Kerana Mata Lelah 89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92 Pening Kerana Anemia 93 Pening Kerana Influenza