Friday 29 January 2016

KONSULTASI DAN RAWATAN RESDUNG pada harga promosi

PAKEJ BIO SINUS HERBA RESDUNG 8 DALAM 1 ini bernilai RM199, namun kini ditawarkan DISKAUN 65%, harga promosi cuma RM69 sahaja.

Terapi Resdung Dr Resd menawarkan pakej Terapi 8 dalam 1 sesi yang meliputi:

1. Pemeriksaan sinus resdung Bioherba DrResd
2. Terapi Bio-Steam (membuka liang pori wajah & antikuman)
3. Terapi Bio-Tradi (urutan detoksifikasi lendir sinus)
4. Terapi Acupressure (urutan anti-sinusitis & awet muda)
5. Terapi urutan 3D (untuk keanjalan otot wajah)
6. Terapi BioSin (Terapi Rf ozone yg mematikan kuman pd kulit)
7. Terapi Eyebag Magnetik (untuk kesegaran mata & anti-stress)
8. Terapi Aura Refreshing (untuk keseimbangan aura wajah)

Sila hubungi saya di 012 2247213 (Yop Khairul) untuk temujanjì rawatan di Pusat Rawatan saya di alamat berikut:

D'HIJRAH NATUROPATHIC CENTRE @ JOM BEKAM SUNNAH
No 15, Jalan LEP 6/2
Taman Lestari Putra
Bandar Putra Permai,
47110 Seri Kembangan, Selangor.

(Tak jauh dari Giant Taman Equine dan Pasar Borong Selangor)

DIBUKA SETIAP HARI (Dengan Temujanji sahaja)

Antara poin atau titik di kepala yg amat baik untuk dibekam iaitu titik Ummu Mughits hingga dikatakan ianya ibu kepala segala penyakit.

Dalam akupuntur poinnya tak jauh beza.

Bagi saya amat bertuah sesiapa yang dapat berbekam di spot kepala. Antara testimoni pelanggan ialah dah lama tak sakit kepala.

Walau bagaimanapun bagi sesiapa yg tak dapat nak berbekam di kepala, saya sinergikan (kombinasikan) rawatan bekam dan akupuntur di mana spot kepala menjadi keutamaan. Ini pun bagus sebagai mencegah sakit kepala.

Kita ikhtiar tuhan menyembuhkan.

Pm saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.
Stok baru minyak rambut 'Jaborandi hair' , formula homeopati bagi merawat masalah rambut seperti rambut gugur dan masalah cepat sangat beruban selain pemakaian harian. Dijamin selamat, tiada bahan kimia, tiada kesan sampingan dan tiada dadah. Baunya juga lembut dan harum.

100ml = RM18

Dapatkan segera dari saya. Pm saya di 012 2247213 Yop Khairul

Ke arah mempromosikan produk naturopati.

TARIKH MUSTAJAB BERBEKAM

Tarikh mustajab berbekam jatuh pada 17, 19 dan 21 Rabiul Akhir 1437H bersamaan dengan  26, 28, 30/1/2016. 

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah begelojak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain. Marilah kita sama2 berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.

Wednesday 27 January 2016

KHIDMAT RAWATAN RUMAH KE RUMAH

Saya juga ada menyediakan rawatan rumah ke rumah bagi rawatan seperti berikut :

1. Bekam
2. Akupuntur
3. Rawatan Resdung
4. Pembetulan Tulang Belakang/Pinggul Yumeiho
5. Refleksologi
6. Terapi Lutut

Rawatan di atas termasuklah rawatan bagi warga emas yg tidak dapat datang ke pusat rawatan saya. Kebiasaannya saya akan diagnos dulu dan dapatkan sejarah penyakit dari pesakit. Ini termasuklah rawatan bagi bekas pesakit strok. Kos pada harga patut. Niat saya untuk melihat pesakit positif dan jadi sihat melalui kaedah rawatan alamiah.

Selain itu saya juga ada menyediakan ubatan2 seperti homeopati, aloeterapi, Stevia serta makanan Sunnah lain seperti habbatus Sauda, Zaitun dan madu.

Whattsap saya di 012 2247213
Yop Khairul 
Pengasas
D'Hijrah Naturopathic Centre
No 15 Jalan LEP 6/2
Taman Lestari Putra
Sek 6 Bandar Putra Permai
47110 Seri Kembangan
Selangor

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?
.
Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari , baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit.
Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."


Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)
 

72 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

Berikut merupakan penyakit yang dapat disembuhkan melalui kaedah berbekam. Insya-Allah jika dilakukan secara konsisten, penyakit-penyakit tersebut akan sembuh:

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Masalah Kesuburan
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak bukan semulajadi
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Penyakit mata
67) Berhenti haid
68) Bengkak testis
79) Tekanan darah rendah
70) Penyakit rahim
71) Keputihan
72) Batuk kronik dan penyakit paru-paru

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW
Nabi Saw bersabda
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”

.
PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.
.
KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.


Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
.

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM
Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.

Dalam satu athar disebutkan:
"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."
.

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata

Rasulullah SAW bersabda
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,Maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."


BEKAM vs SIHIR
Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir ??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu ??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!
.

BEKAM DI LEHER & TENGKUK
Nabi Saw bersabda
" Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Nabi Saw bersabda lagi
" Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
.

BEKAM DI PELIPIS KENING
Anas bin Malik menceritakan
" Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda."

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.
.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.
Ibnu Abbas pernah berkata

Nabi Saw bersabda
" Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.
 

.KEBAIKAN BERBEKAM

- Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
- Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
- Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
.

BEKAM UNTUK SAKIT BAHU DAN TENGKUK
 

Untuk sakit bahu dan tengkuk akan di bekam di bahagian bahu dan tengkuk yang sakit, juga amat mujarab bagi mereka yang mengalami ketegangan urat leher.

Abu Na'im dalam bukunya At-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu
Nabi Saw bersabda
" Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Nabi Saw bersabda lagi
" Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
.

BEKAM UNTUK SAKIT KEPALA ( MIGRAIN )
Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan,itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut.

Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Dan bekam sunnah ini adalah di galakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang membuatkan halusinasi pada pesakitnya. Insyaallah.
" Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang "
Dari Salma seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita
" Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
.

BEKAM UNTUK MASALAH RESDUNG DAN JERAWAT
Bagi mereka yang menghidapi resdung yang kronik dimana jerawat keluar di permukaan kulit muka dengan banyaknya adalah di galakkan membuat rawatan bekam darah di sekitar muka yang bermasalah, terutamanya pipi, dagu dan dahi. Adakalanya jerawat yang keluar tanpa henti adalah disebabkan mendapan darah kotor di bawah lapisan kulit muka, dan bekam adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk gejala jerawat ini.

Kebiasaannya selepas proses bekam tadi wajah pesakit akan lebih nampak bersih dan berseri kerana darah kotor tadi telah di sedut keluar. Bagi pesakit yang mengalami jerawat kronik ini anda di syorkan untuk membuat 3x rawatan setiap minggu, insyaallah anda akan lihat perbezaannya.
.

BEKAM UNTUK MASALAH GOUT
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.

Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
• Serangan akut (tiba-tiba).
• Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. Perlu diingat bahawa ketika kaki yang sakit membengkak itu sangat sakit apabila disentuh apatah lagi untuk dibekam. Mahu menjerit rasanya jika kawasan yang bengkak itu ditusuk jarum bekam. Perlu menunggu beberapa hari sehingga bengkak itu surut. Apabila sudah surut, kawasan tempat gout itu akan segera dibekam.
Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insya'Allah .... Jadi sesiapa yang ada penyakit gout tu cepat-cepatlah pergi berbekam. Jangan di biarkan lama-lama nanti akan memudaratkan diri sampai tak boleh bangun pun ada, kerana bisa-bisa sendi...wallahua'lam
Nak berbekam?
Whattsap saya di
012 2247213 Yop Khairul
012 2247213 Yop khairul
012 2247213 Yop Khairul

Sunday 3 January 2016

JOM COLON CLEANSING

Usus Kotor PENYEBAB Kebanyakan Penyakit Merbahaya

Percaya atau tidak, usus yang KOTOR memang menjadi PUNCA untuk kebanyakanPENYAKIT. Jika dinding usus diselaputi dengan kotoran atau kerak-kerak reputan, bagaimana mungkin NUTRIEN yang kita ambil akan diserap oleh badan??...Segala nutrien yang kita ambil sebahagian besarnya akan dikeluarkan semula.

Semakin lama, kerak-kerak reputan tersebut semakin banyak dan menebal. Bayangkan kotoran umpama najis yang banyak memenuhi usus kita. Jadi tidak hairan jika masalah-masalah kesihatan yang kita alami tidak pernah SURUT walaupon menelan pelbagai jenis pil dan vitamin.

Masalah Berkaitan Dengan Usus Kotor

Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-

~ Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
~ Sembelit atau cirit-birit yang kerap
~ Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
~ Kuku dan rambut yang rapuh
~ Badan dan nafas berbau
~ Sering sakit kepala
~ Sakit leher , bahu , sendi dan otot
~ Peredaran darah yang lemah serta tangan atau kaki sejuk
~ Imsomnia atau masalah tidur
~ Meradang dan kemurungan
~ Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid\
~ Berat badan dan pembendungan air dalam badan
~ Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
~ Alergi dan pengidaman makanan
~ Peningkatan tekanan darah


~ Kurang tenaga syahwat.


Berminat??? Jom pm
012-2247213 Yop Khairul
012-2247213 Yop Khairul
012-2247213 Yop Khairul

BEKAM BAHU

Bekam Bahu

Bekam bahu sesuai untuk mereka yang sering mengalami sakit bahu yang teramat sangat, rasa berat, malas dan selalu merasa sakit kepala.

Pesakit akan dibekam dari tengkuk, bahu, belikat hingga ke pinggang untuk melancarkan peredaran darah. Setelah dibekam, in sya Allah, pesakit akan merasa lega dan badan terus merasa ringan.


Antara sebab terjadinya penyakit tersebut adalah kerana wujudnya darah kotor yang mengganggu kelancaran peredaran darah dan menyebabkan sakit kepala, stres, darah tinggi, migrain dan banyak lagi.

Bekam ialah satu proses membuang darah kotor di bawah lapisan kulit kita yang jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit kulit pula seperti gatal2 atau elergik.

"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat, mereka selalu berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatMu melakukan bekam".

Sabda Rasulullah SAW :
Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT.

"Bersama2 membudayakan sunnah bekam/Hijamah".

Like and share
www.facebook.com/jombekamsunnah