Monday 11 May 2020

PERKONGSIAN HOMEOPATI

Ada orang kata haemorrhage, ada yg kata bloodshot. Darah merah menyelaputi mata putih. Tiada simptom sakit, gatal atau menyucuk.
Dah refer Dr Klinik. Katanya suspek haemorrhage (pendarahan) tapi tak pasti puncanya. Dia kata nak study. Akhirnya diberikan ubat titis air shj utk membasahkan mata admin.
Sambil tu admin guna pendekatan bekam spot mata.
Selepas tu gunakan pendekatan homeopati. Just maintain makan hari2 dan titiskn juga eye drop homeopati yg ada remedi haemorrhage ni.
Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu, inilah hasilnya. Dalam 95% pulih. Kaedah naturopati yg bantu cepatkn proses pemulihan sakit yg dialami.
Mungkin ada yg ada alami masalah sebegini tapi tak tahu cara mana nak rawat. In sya Allah salah satunya boleh ikhtiarkan cara homeopati selain bekam.
www.dhijrah.com.my

PERKONGSIAN HOMEOPATI

Alhamdulillah dapat dikurierkan ubat homeopati ke pelanggan di Selangor dan COD buat pelanggan di Kuala Kangsar ni.
Bagi org yg dah byk kali cuba kaedah moden seperti masalah resdung ni tapi tak byk perubahan, ikhtiar juga cara lain. In sya Allah homeopati salah satu caranya. Walaupun ada SOP pemakanannya tapi taklah terlalu membebankan. Admin dulu teruk juga masalah resdung. Sebelum ni selalu makan pil klinik seperti polaramine, symtec dan Rhynocout (nasal spray). Alhamdulillah, selepas beralih kepada kaedah alami seperti homeopati, terapi Resdung dan bekam, kini admin dah bertahun2 tidak lagi makan ubat Dr tu.
Buat pelanggan di Selangor, admin masih lagi pantau untuk 2 bulan awal ni memandangkan masalah yg dihadapi terlalu lama. Bagi masa untuk ubat bekerja. Setakat ini beberapa keluhan sakit dah mula menunjukkan pengurangan.
Bagi yg tak jelas lagi kaedah homeopati ni, bolehlah baca tip dibawah.
Tip Pemakanan Ubat Homeopati (Tip Homeopati)
1. Mulut hendaklah bersih daripada sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopati.
2. Jangan menyentuh ubat homeopati dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.
3. Ubat homeopati amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang2nya 1 jam.
4. Hisap atau kemam ubat homeopati hingga cair di mulut.
5. Ubat homeopati tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan. Bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.
6. Bagi penyakit yang kronik atau yang lebih lama hendaklah mengamalkan ubat homeopati secara berterusan sehingga sembuh.
In sya Allah sedikit pelaburan kesihatan yg mendatangkan hasil yg berbaloi.

TARIKH MUSTAJAB BERBEKAM

Berpesan2 dengan kebaikan
Sekadar Perkongsian walaupun belum lagi dapat dijalankan terapi bekam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

TARIKH MUSTAJAB BERBEKAM- MEI 2020
Makluman Tarikh Sunnah Berbekam Bulan MEI 2020 adalah seperti berikut :-

10 MEI 2020 (AHAD) - 17 RAMADHAN 1441H
12 MEI 2020 (SELASA) - 19 RAMADHAN 1441H
14 MEI 2020 (KHAMIS) - 21 RAMADHAN 1441H

Silakan share moga bermanfaat buat semua.
Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang berbekam pada hari ke 17, 19, dan 21 (hijriyah), maka ia menjadi kesembuhan dari segala penyakit. (Shahih Sunah Abi Dawud)

Share kat kawan2/sedara mare, mungkin mereka memerlukan.

Sama2 kita istiqomah berbekam🤩
In sya Allah kita berbekam selepas tamatnya PKP nanti.

Didoakan anda sihat dan sentiasa mudah beramal ibadat hendaknya. Terima kasih kerana mendapatkan servis rawatan alami disini.
Khairolanuar bin Zainuddin
Pengasas
D'Hijrah Naturopathic Centre
Taman Lestari Putra
Seri Kembangan

SAHUR DENGAN KURMA KERING

Sahur Dengan Kurma Kering
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Sunan Abi Daud No: 2345) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bersahur adalah sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering
3. Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad mensyarahkan hadis ini menyebut: “Pada hadis ini menunjukkan pujian pada sesiapa yang bersahur dengan tamar, kerana pada tamar itu terdapat kekuatan yang tersendiri. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, "Rumah yang tiada tamar padanya, maka akan lapar penghuninya", kerana tamar merupakan makanan asasi yang utama di sisi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa bersahur dengan tamar itu dipuji, kerana perkataan ni'ma (نِعْمَ) ini menunjukkan sighah pujian sebagaimana yang diketahui. (Syarh Sunan Abi Dawud, oleh Syeikh Abd al-Muhsin al-'Abbad, 8/255)
4. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.
5. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
6. Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa
Jika kita memiliki kurma di waktu sahur, selain mengambil nasi, elok juga makan sedikit kurma kering.
Semarak Ibadah Memacu Perubahan
D'Hijrah Naturopathic Centre

PUNCA TOKSIN DALAM TUBUH MANUSIA (REFRESH BULAN PUASA)

Refresh Bulan puasa
Toksin dalam tubuh manusia disebabkan oleh :
1. Pencemaran udara
2. Makanan siap saji (fast food) kerana mengandungi zat kimia yg tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, pati, perisa dan sebagainya.
2. Hasil pertanian seperti pestisid (insektisida, fungisida, herbisida)
3. Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur atau tidak bersih, makanan tidak seimbang, terlalu panas atau sejuk, terlalu masam dll.
5. Ubat-ubatan kimia kerana mempunyai kesan perosak organ atau mikroba yg normal dalam tubuh. Terlalu banyak faktor yg menyebabkan darah statis, iaitu :
6. Darah statis yg disebabkan oleh kecelakaan sewaktu Di dalam rahim dan sewaktu dilahirkan.
7. Darah statis yg berpunca dari trauma penderitaan fizikal, seperti kecelakaan, salah urat, berkelahi, kena cubit, kena sepak, kena rotan dan sebagainya.
8. Darah statis akibat perbuatan sendiri, seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian yg ketat, mengikat rambut dalam tempoh lama.
9. Darah statis yg berpunca daripada emosi yg tidak terkawal, iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan, dan kerisauan yg menyebabkan pengeluaran adrenal berlebihan yg dapat membahayakan metabolisma tubuh.
10. Darah statis yg diakibatkan oleh diet yg tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran alam sekitar. Dengan itu darah statis perlu dikeluarkan dengan apa2 cara sekalipun. Namun sistem perubatan alopati (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi kita perlu mencari perubatan yg dapat bertindak mengeluarkan toksin-toksin tersebut dengan cepat agar tubuh tidak lemah dan mudah diserata pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam.
Bekam merupakan kaedah yg paling unggul dan sangat berkhasiat untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit. Bekam juga merupakan preventive medicine (kaedah pencegahan) dan juga sangat efektif untuk curative medicine (kaedah penyembuhan)
Ini penting!!!
BERBEKAM bukan perubatan alternatif, namun berbekam merupakan perubatan berdasarkan sunah Rasulullah SAW yang mempunyai satu hikmah yg luar biasa dari segi khasiatnya. Namun, yg menyembuhkan penyakit hanyalah Allah.
Daripada Ana's bin Malik RA, ia meriwayatkan:
Nabi Muhammad SAW, pernah berbekam ketika Baginda sedang berihram kerana rasa sakit yg Baginda rasakan di bahagian kepalanya.
(Sahih Ibnu Khuzaimah, Katya al-Azhami (IV/187)
Rasulullah SAW bersabda :
Tidak batal puasa bagi orang yg muntah atau orang yg bermimpi (basah) dan tidak juga untuk orang yg berbekam.
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Khuzaimah)
Sumber : Manfaat Bekam Bagi Kesihatan
D'Hijrah Naturopathic Centre,
Seri Kembangan
012-2247213
www.dhijrah.com.my