Saturday 2 March 2013

Salah Faham Mengenai Bekam

Ramai beranggapan bahawa bekam adalah rawatan alternatif semata2. Sebenarnya berbekam merupakan rawatan yang amat efektif menyembuhkan/mengurangkan sakit sebagaimana sabda Nabi yang banyak kita dapati daripada hadis2 Nabi S.A.W yang dinukilkan oleh para2 sahabat yang mengesahkan keberkesanannya. Hanya jauhari mengenal manikam. Tuan2 boleh bertanya sendiri kepada mereka yang dah biasa dengan rawatan bekam ini.

Lagi satu proses berbekam adalah proses mengambil darah kotor daripada lapisan nipis bawah kulit. Selepas beberapa ketika (lebih kurang 5 minit), darah akan berhenti dengan sendirinya. Darah ini jangan disimpan, tak da faedahnya.

Berbeza dengan proses derma darah, darah yang keluar adalah darah yang elok dan beroksigen/darah segar. Kalau tuan/puan2 perhatikan, biasanya Cik Misi akan mencari urat2 tertentu terlebih dahulu untuk dia mencucuk jarum bagi menyedut darah keluar ke dalam beg darah tu. Prosesnya pulak lebih lama. 


No comments:

Post a Comment