Sunday 14 April 2013

TANDA2 SESEORANG ITU BANYAK TOKSIN

Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

Bahagian2 tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.

Selain itu badan akan banyak angin, mengalami alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. 



Semua ini adalah tanda2 bahawa tubuh kita perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang2 yang tersumbat.

Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan psikatris.

In sya Allah, dengan berbekam dapat mengurangkan/mengatasi toksin yang berlebihan dalam badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
   




No comments:

Post a Comment