Sunday 29 May 2016

RAWATAN MASALAH TULANG BELAKANG

 Rawatan Masalah Slip Disc

Pelanggan saya dari Kuchai Lama yg disahkan oleh doktor menghidap slip disc L4 dan L5. Sepatutnya jalani pembedahan bulan 4 lepas tetapi ditangguhkan dulu untuk beliau cari rawatan alternatif lain. Sebelum ini beliau pun sudah cuba terapi kiropraktik tetapi dengan kaedah yg banyak berbeza berbanding teknìk yg saya jalankan. Direkomenkan oleh sahabat beliau yg baru2 ini jalani rawatan dengan saya.
Alhamdulillah walaupun baru jalani sesi rawatan yg pertama tetapi dah menampakkan kesan penyembuhan yg positif. Masalah tulang pinggul dan masalah kaki pendek sebelah pun berjaya diperbetulkan. Berjalan pun dah seimbang. Suatu yg pasti menggembirakan beliau. Seperti yang saya selalu katakan, bila dijalankan terapi ini dalam beberapa sesi, ditambah pula dengan bekaman, in sya Allah hasilnya akan lebih baik. Sembuh dengan izinNya, yg penting kita ikhtiar.
Terapi yang saya jalankan tanpa pasien menanggalkan pakaian dan gunakan minyak.

Hubungi saya untuk temujanji rawatan di 012 2247213.

No comments:

Post a Comment