Tuesday 3 September 2019


Perubatan dan Islam










Perubatan adalah satu aspek yg tidak boleh dipisahkan dalam Islam. Hal ini telah dijelaskan dalam sirah Rasulullah SAW dan ajaran Islam yg maha suci. Salah satu hadis Rasulullah SAW riwayat Imam Muslim ada menerangkan iaitu :
"Setiap penyakit ada ubatnya, jika tepat ubatnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah".
Dengan itu nyatalah hadis ada menyuruh dan menganjurkan umatnya berubat. Daripada hadis di atas juga, dapat disimpulkan bahawa terdapat sekurang2nya 3 pengajaran yg boleh dijadikan renungan.

Pertama : Kalau ada penyakit mesti ada ubatnya. Dan ini dijelaskan oleh hadis riwayat Ahmad, "Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit, kecuali Dia telah menurunkan pula ubatnya, melainkan ubat kelemahan kerana Tua."
Kedua: Pemilihan ubat mesti tepat dengan penyakit. Persoalan bagaimanakah Rupa ubatnya, sistem mana yg terpakai, atau dari manakah sumber ubat tersebut adalah suatu hal yg lain.
Ketiga : Ubat-ubatan yg dipilih itu tak semestinya menyembuhkan. Pesakit itu akan sembuh hanya dengan izin Allah s.w.t. Perkara ini mungkin di luar bidang sains. Tetapi telah banyak berlaku fenomena2 yg tidak dapat diterbangkan oleh sains moden. Hanya ahli sains yg beragama memahami perkara ini dan menerima hakikatnya.
Pengajaran utama kejadian di atas dalan ilmu perubatan dapat jelas difahami. Iaitu tidak harus ada mana2 satu sistem rawatan yg wajar membuat pengakuan bahawa ianya paling sempurna atau dapat menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Justeru kesembuhan yg sebenar datangnya daripada dan tertakluk kepada izin Allah s.w.t jua.
Kredit tn Mohamed Hatta Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment