Sunday 8 December 2013

Selesai membekam sahabat saya, Kamarul hari Jumaat baru ni. Kali terakhir beliau berbekam dengan saya dalam awal bulan 10.

Kali ini untuk servis badan semula bila dah ada tanda2 lesu badan. Tak dilepaskan beliau berbekam dikepala yakni poin terbaik berbekam. Beliau juga bagi tahu dah lama tak sakit kepala semenjak amalkan bekam ni.

Terlebih dahulu urutan belakang badan saya lakukan. Memang ada mengesan sedikit ketegangan otot di sekitar tulang belikat dan sepanjang otot saraf tunjang.

Hasilnya selepas dibekam, hasilnya agak memberansangkan. Rata2nya cup sekitar bahu menghala ke kepala memang banyak darah kotor yg agak pekat beserta angin badan.

Bekaman di kawasan kaki juga dah mula mengesan kehadiran asid urik berbanding sesi bekam di awal bulan 10 dulu. In sya Allah servis bekam di kaki juga dapat mengatasi masalah kaki cepat lenguh/kebas2 atau 'cramp'.

Alhamdulillah, sebaik sahaja selepas berbekam, beliau bagi tahu badan rasa ringan. Haa..hanya tuan punya badan yang akan rasai sendiri.

Yop Khairul 012 2247213
 
Unl

No comments:

Post a Comment