Sunday 8 December 2013

REPEAT BEKAM

Sesi bekam ke dua buat adik beradik petang tadi yg agak panjang juga. Sdra Zuhairi kali ke 2 berbekam. Kali terakhir berbekam dalam setahun lebih. Beliau mengadu sakit/lenguh di bahagian kaki memandangkan tugas beliau sebagai anggota keselamatan, adakalanya kena berdiri lama. Kemudian berubah fikiran untuk buat bekam overhaul terus.

Alhamdulillah, mana nak sangka, selepas berbekam memang darah kotor dalam kategori banyak/likat berjeli juga beserta angin dikesemua cup. Juga di bahagian tertentu kaki beliau banyak juga darah kotor yg agak pekat.

Manakala adik beliau, sdra Zulhusni kali terakhir berbekam dengan saya dalam 1 1/2 bulan lepas. Beliau mengadu sakit2 di bahagian bahu berdekatan leher kanan dan di sekitar otot saraf tunjang sebelah kiri tengah. Urutan yg saya lakukan memang mengesan sendi yg agak tegang di bahagian berkenaan dan juga sekitar belikat dan bawah leher.

W/pun jarak berbekam sebelum ini yg tak berapa jauh tapi boleh dikatakan hampir keseluruhan cup banyak darah kotornya dan agak pekat beserta angin. Boleh dikatakan sebagai 'timing' yang bagus juga kedatangan beliau ke pusat rawatan saya tatkala badan beliau dah mula bagi isyarat sakit-sakit. Janganlah ditunggu lagi. Makan ubat tahan sakit atau ubat angin boleh, tapi biasanya bertahan untuk tempoh yang sementara. Jadi ikhtiarlah dengan berbekam. Saya sedia membantu anda.

Semoga mereka berdua diberikan kesembuhan yg maksimum..in sya Allah.

Yop Khairul 012 2247213
Call/sms/whattsap untuk temujanji bekam.

No comments:

Post a Comment