Sunday 13 July 2014

BOLEH BERBEKAM KETIKA BERPUASA

Timbul perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum mengeluarkan darah dari tubuh orang yang berpuasa. Polemik ini timbul kerana ada hadis yang menunjukkan batalnya puasa orang yang berbekam dan ada hadis yang menunjukkan sebaliknya. Hukum yang disebut dalam hadis adalah berbekam. Ia boleh disamakan dengan mana2 keadaan mengeluarkan darah seperti orang yang menderma darah mereka. Oleh itu para ulama membahaskan tentang hukum berbekam. KHILAF PARA ULAMA
Ulama berselisih berkenaan dengan hukum berbekam. Mereka terbahagi dua pendapat

PENDAPAT PERTAMA : Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Nabi saw bersabda:

أفطر الحاجم والمحجوم
"orang yang membekam orang dan orang yang berbekam batal puasanya." (Hr Tirmizi - sahih)


PENDAPAT KEDUA : Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Kebanyakan ulama dahulu dan kini, termasuklah mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

Dalilnya:

احتجم رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو صائم
"Rasulullah saw berbekam dalam keadaan berpuasa."
(Hr Bukhari, Abu Daud dan lain2 - sahih)

Ulama pendapat kedua mengatakan hadis ini memansuhkan hadis yang mengatakan orang yang berbekam terbatal puasanya. Ini kerana berdasarkan hadis berikut:

1. Hadis dari Ibnu Abbas:

أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة
“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”

Ini pula petikan dari saya perolehi dari blog Dr Zaharuddin.net

Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga pandangan majoriti mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

Info tambahan
●Berbekamnya para sahabat ketika mereka berpuasa
(rujukan : Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah S.A.W oleh Syihab Al-Badri Yasin)



Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

Dalam Shahibu Al-Bukhari, Kitabu sh-Shoum, disebutkan, Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah: " Dulu kami pernah berbekam di hadapan Aisyah, maka kami pun tidak dilarang." Dia juga mengatakan sebagaimana disebutkan di dalam Al-Fath: "Kami pernah berbekam di hadapan Aisyah bersama anak-anak saudaranya sedangkan waktu itu kami berpuasa, tetapi dia tidak melarang mereka.

Al-Hafizh dalam Al-Fath mengatakan: Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam." Al-Hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin, Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

●Malik berkata dalam Al-Muwaththo, Kitabu Ash-Shoum: " Berbekam tidak dimakruhkan bagi orang yang berpuasa kecuali bila dikhuatirkan keadaan fizikalnya lemah.

Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika dilihat membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Qiyas hukumnya kepada akupuntur kerana kaedah yang sama dalam rawatan kepada pesakit.

Banyak lagi sebenarnya ulasan berkenaan kebolehan berbekam semasa berpuasa. Cuma sebagai langkah berhati2, jika badan kita tak berapa kuat/lemah, sebaik2nya dielakkan berbekam ketika siang hari. Wallahualam.

Yop Khairul 012 2247213

No comments:

Post a Comment