Tuesday 7 March 2017



Apakah Sebenarnya Penyakit Resdung (Sinusitis)?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.

Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.

Seseorang itu akan merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Whatsapp / pm saya di 012 2247213 
Whatsapp / pm saya di 012 2247213 
Whatsapp / pm saya di 012 2247213 
untuk pemeriksaan percuma dan rawatan resdung
Image may contain: one or more people, text and close-up

No comments:

Post a Comment