Tuesday 7 March 2017

TERAPI AKUPUNTUR







Image may contain: one or more people and phoneImage may contain: flower and food
Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.

Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.
Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .
Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan .
Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .
Kesimpulan.
Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan .
Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur.
Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden.
Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.
WASSAP 0122247213 untuk temujanji rawatan

No comments:

Post a Comment