Friday 11 May 2018

Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

Sharing is Caring
1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini

2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.

No comments:

Post a Comment