Wednesday 8 April 2020

RAWATAN SAKIT KEPALA

Perkongsian rawatan sakit kepala oleh D'Hijrah Naturopathic Centre setakat ini.

Bila dah sakit kepala kuat ni, nak buat apa pun tak boleh kan. Ada yg hanya mampu baring mengerang. Ada yg makan pain killer tapi hanya bertahan sekejap sahaja. Selagi tak dirawat puncanya, biasa sakitnya akan datang berulang.
Sakit kepala yg dialami oleh pesakit boleh dikaitkan dengan :
1. Masalah resdung
2. Toksid yg berlebihan dalam badan
3. Angin yg berlebihan dalam badan. Masalah Gerd, Asid Reflux, gastritis dll.
4. Masalah saraf tersepit cth seperti di tulang cervical.
Keluhan @ semboyan sakit yg dialami oleh pesakit adalah penting kepada perawat agar dapat diikhtiarkan rawatan yang bersesuaian buat pesakit.
Antara ikhtiar rawatan yg boleh diikhtiarkan ialah seperti :
a) Bekam darah. Spot kepala antara spot amat digalakkan.
b) Terapi Resdung jika masalah resdung
c) Terapi Yumeiho atau lain2 jika berkaitan masalah saraf tersepit
d) Ubatan homeopati
e) Akupuntur
f) Rukhyah
Lagi satu jika perjalanan darah semakin baik atau lebihan toksid berjaya dikeluarkan, ini juga dapat meredakan atau menyembuhkan sakit kepala kuat yang dialami pesakit.
Semoga info ini bermanfaat buat kalian.
Kaedah rawatan alami tanpa dadah, tanpa bahan kimia dan tanpa kesan sampingan negatif. Jika tepat kaedah rawatannya, in sya Allah sembuh sakit yg dideritai.

No comments:

Post a Comment