Monday 11 May 2020

PERKONGSIAN HOMEOPATI

Alhamdulillah dapat dikurierkan ubat homeopati ke pelanggan di Selangor dan COD buat pelanggan di Kuala Kangsar ni.
Bagi org yg dah byk kali cuba kaedah moden seperti masalah resdung ni tapi tak byk perubahan, ikhtiar juga cara lain. In sya Allah homeopati salah satu caranya. Walaupun ada SOP pemakanannya tapi taklah terlalu membebankan. Admin dulu teruk juga masalah resdung. Sebelum ni selalu makan pil klinik seperti polaramine, symtec dan Rhynocout (nasal spray). Alhamdulillah, selepas beralih kepada kaedah alami seperti homeopati, terapi Resdung dan bekam, kini admin dah bertahun2 tidak lagi makan ubat Dr tu.
Buat pelanggan di Selangor, admin masih lagi pantau untuk 2 bulan awal ni memandangkan masalah yg dihadapi terlalu lama. Bagi masa untuk ubat bekerja. Setakat ini beberapa keluhan sakit dah mula menunjukkan pengurangan.
Bagi yg tak jelas lagi kaedah homeopati ni, bolehlah baca tip dibawah.
Tip Pemakanan Ubat Homeopati (Tip Homeopati)
1. Mulut hendaklah bersih daripada sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopati.
2. Jangan menyentuh ubat homeopati dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.
3. Ubat homeopati amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang2nya 1 jam.
4. Hisap atau kemam ubat homeopati hingga cair di mulut.
5. Ubat homeopati tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan. Bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.
6. Bagi penyakit yang kronik atau yang lebih lama hendaklah mengamalkan ubat homeopati secara berterusan sehingga sembuh.
In sya Allah sedikit pelaburan kesihatan yg mendatangkan hasil yg berbaloi.

No comments:

Post a Comment