Monday 11 May 2020

PUNCA TOKSIN DALAM TUBUH MANUSIA (REFRESH BULAN PUASA)

Refresh Bulan puasa
Toksin dalam tubuh manusia disebabkan oleh :
1. Pencemaran udara
2. Makanan siap saji (fast food) kerana mengandungi zat kimia yg tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, pati, perisa dan sebagainya.
2. Hasil pertanian seperti pestisid (insektisida, fungisida, herbisida)
3. Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur atau tidak bersih, makanan tidak seimbang, terlalu panas atau sejuk, terlalu masam dll.
5. Ubat-ubatan kimia kerana mempunyai kesan perosak organ atau mikroba yg normal dalam tubuh. Terlalu banyak faktor yg menyebabkan darah statis, iaitu :
6. Darah statis yg disebabkan oleh kecelakaan sewaktu Di dalam rahim dan sewaktu dilahirkan.
7. Darah statis yg berpunca dari trauma penderitaan fizikal, seperti kecelakaan, salah urat, berkelahi, kena cubit, kena sepak, kena rotan dan sebagainya.
8. Darah statis akibat perbuatan sendiri, seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian yg ketat, mengikat rambut dalam tempoh lama.
9. Darah statis yg berpunca daripada emosi yg tidak terkawal, iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan, dan kerisauan yg menyebabkan pengeluaran adrenal berlebihan yg dapat membahayakan metabolisma tubuh.
10. Darah statis yg diakibatkan oleh diet yg tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran alam sekitar. Dengan itu darah statis perlu dikeluarkan dengan apa2 cara sekalipun. Namun sistem perubatan alopati (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi kita perlu mencari perubatan yg dapat bertindak mengeluarkan toksin-toksin tersebut dengan cepat agar tubuh tidak lemah dan mudah diserata pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam.
Bekam merupakan kaedah yg paling unggul dan sangat berkhasiat untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit. Bekam juga merupakan preventive medicine (kaedah pencegahan) dan juga sangat efektif untuk curative medicine (kaedah penyembuhan)
Ini penting!!!
BERBEKAM bukan perubatan alternatif, namun berbekam merupakan perubatan berdasarkan sunah Rasulullah SAW yang mempunyai satu hikmah yg luar biasa dari segi khasiatnya. Namun, yg menyembuhkan penyakit hanyalah Allah.
Daripada Ana's bin Malik RA, ia meriwayatkan:
Nabi Muhammad SAW, pernah berbekam ketika Baginda sedang berihram kerana rasa sakit yg Baginda rasakan di bahagian kepalanya.
(Sahih Ibnu Khuzaimah, Katya al-Azhami (IV/187)
Rasulullah SAW bersabda :
Tidak batal puasa bagi orang yg muntah atau orang yg bermimpi (basah) dan tidak juga untuk orang yg berbekam.
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Khuzaimah)
Sumber : Manfaat Bekam Bagi Kesihatan
D'Hijrah Naturopathic Centre,
Seri Kembangan
012-2247213
www.dhijrah.com.my

No comments:

Post a Comment