Sunday 6 October 2013

MEMAHAMI ASID URIK

Memahami Asid Urik

Asid urik merupakan sisa produk daripada pemecahan purin, bahan yg dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan yg kita makan. Bahan ini dikumuhkan melalui air kencing, tetapi apabila terlalu banyak asid urik dihasilkan, ini boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dan karang buah pinggang.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan makanan yg mengandungi banyak purin seperti daging organ, angsa, itik, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yg kaya dengan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau. Pengambilan alkohol yg berlebihan terutamanya bir juga menyebabkan paras asid urik meningkat.

Pengambilan makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan asid urik dalam darah - hyperuricemia - menyebabkan air kencing menjadi berasid. Asid urik ini akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.

Sumber : Abbott Health Supplement

Jadi kalau tuan2/puan2 dah ada tanda2 macam ni bolehlah berikhtiar dengan berbekam. Kaedah yang tiada kesan sampingan dan tak menggunakan dadah. Insya Allah dah ramai yang mencuba dan sembuh atau kurang dengan banyak.

Yop Khairul 012 2247213

No comments:

Post a Comment