Sunday 6 October 2013

INFO PASAL ANGIN

Rata2 patient yang saya bekam darah, banyak angin kat badan diorang. Kat bawah ni sedikit info pasal angin dalam badan kita dan sebab musababnya yg saya petik dr seorang blogger yg perihatin mengenai kesihatan.

Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
•Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Selain dr beberapa kaedah untuk mengurangkan angin seperti banyak minum air masak, makan bawang putih, minum air halia, berurut, BERBEKAM juga cara yang amat efektif untuk menarik keluar angin daripada badan kita (cuma berbekam blogger ni lupa nak letak).

Tu la bila lepas berbekam bila mana darah kotor dan angin keluar serentak, kebiasaannya badan patient akan rasa ringan dan lega samada 'immediate' atau keesokkannya.

Siapa yang belum mencuba berbekam, saya amat2 syorkan. Dah banyak testimoni dr patient di luar sana.

Yop Khairul 012 2247213

No comments:

Post a Comment