Wednesday 22 July 2015

KENAPA PERLU BERBEKAM

Anda sering rasa lesu, badan rasa macam berat jek, lenguh sana sini, sakit belakang, rasa nak pitam, rasa nak mengantuk, tak da mood, tak da semangat nak buat kerja, rasa malas, melepek, rasa tak cukup tido walaupun dah masuk tidur pukul 9 malam. Umur muda lagi tapi muka dan badan macam berumur sangat, layu dan kusam.

Faktor2 penyumbang :
- faktor umur semakin meningkat
- faktor tak cukup tidur
- kurang minum air masak
- kurang bersenam
-pemakanan yang banyak toksin even air paip yang tak bertapis pun ada toksin
- radiasi sana sini. Kerja seharian menghadap PC, dalam rumah ada wifi, tidur dengan hp kat kepala.
- darah tak jalan lancar, banyak saluran darah tersumbat, oksigen tak sampai. Akibatnya cepat rasa penat.
- Angin banyak dalam badan
- sel2 banyak mati dalam badan sebab banyak radiasi
- cepat rasa nak marah, sebab penat, tension, jiwa kacau. Nak bersenam untuk keluarkan peluh tak da masa pulak.

Tuan2 boleh ikhtiarkan dengan menjalani terapi bekam sunnah bagi mengeluarkan darah kotor/bermasalah yang banyak menyumbang kepada sakit2 dan lesu2 badan.
Mengapa perlu berbekam.
Selepas 120 hari sel darah merah dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urid, urea yang mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel ini akan digantikan oleh sel darah merah yg baru yg mengandungi oksigen dan nutrien yg diperlukan oleh sel tubuh.


Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limpa, ginjal dan hati untuk berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Tambahan pula kita kini banyak terdedah kepada gaya hidup yang tidak sihat, makanan yang mengandungi bahan perasa tiruan, bahan pengawet, MSG, pewarna tiruan, makanan berminyak/bersantan, stres dan sebagainya.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah terasa lesu, letih, tak sedap badan, kebas2 kaki dan tangan, tak bermaya, kurang segar, pening, cepat bosan, murung, mudah marah, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Sabda Nabi SAW :
"Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat, mereka selalu berkata; hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam" (HR Ibnu Majah)


Bekam sunnah ini boleh membantu mengubati pelbagai penyakit yang bersangkutan dengan masalah perjalanan darah yang tidak lancar, meringankan otot yang tegang, meningkatkan aktiviti darah/meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang, menghilangkan kejang2 dan luka dalaman, masalah kulit, membuang lebihan asid urik/kolesterol/gula, membuang darah beku/darah berpenyakit, membantu meringankan tugas buah pinggang dan lain2 masalah.
Tuan2 boleh buat temujanji dengan saya dengan menaip <bekam> <tarikh> <masa> <nama> <lokasi> ke 012 2247213

‪#‎pembetulantulang‬ ‪#‎resdung‬ ‪#‎bekamapi‬ ‪#‎homeopati‬ ‪#‎produkcuciusus‬ ‪#‎dllmodeliti‬

No comments:

Post a Comment