Tuesday 11 October 2016

Rawatan Yumeiho Pembetulan Tulang Belakang dan Pinggul

Terapi Yumeiho buat kawan FB saya yang mengalami masalah slip disc L2, L3, L4 dan sciatica. Dah mencuba beberapa kaedah lain termasuk fisioterapi, sama ada yang mahal hinggalah urutan. Setelah dah lama tak jalani rawatan, gejala sakit belakang hingga kaki dah mula datang kembali. Kaki yang mula kebas2 dan sukar membongkok ketika rukuk masa solat. Kali ini beliau mencuba kaedah terapi dari matahari terbit pula setelah mendengar beberapa testimoni positif orang lain yang dah jalani terapi ini. In sya Allah kaedah yang tak menyakitkan. Penekanan lebih kepada pelembutan otot yang membantu proses 'body alignment' serta masalah saraf tersepit yang biasanya menyebabkan rasa sengal/menyucuk dan seterusnya lenguh2 atau kebas kaki. Seperti biasa nasihat saya sesi terapi yang kena dijalani dalam beberapa sesi untuk hasil yang lebih baik dan juga jaga postur badan untuk elakkan masalah sama berulang kembali. Tahniah juga buat beliau kerana kali pertama berbekam yang in sya Allah dapat membantu mengurangkan masalah kolesterol dan kencing manis beliau serta melegakan di spot sekitar tulang lumbar beliau. Semoga ikhtiar beliau dipermudahkan..aamiin
Whatsapp / tel saya di 012 2247213 untuk temujanji rawatan.
#bekamsunnah
#terapiresdung
#terapiakupuntur

No comments:

Post a Comment