Wednesday 27 February 2013

BEKAM UNTUK MERAWAT STROK



STROK atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa strok mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Faktor umum penyebab strok ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut, samada bahagian kiri atau kanan akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Otak harus menerima bekalan oksigen berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Adakalanya keadaan strok menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

Terjadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan strok. (darah kotor yang tersumbat) Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

Point untuk bekam stroke adalah di atas puncak kepala , tengkuk, bahu dan bahagian sakit yang lain. berbekam seminggu sekali selama 3 minggu berturut. In sya Allah

No comments:

Post a Comment