Monday 25 February 2013

SOALAN2 LAZIM



(1)  Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?

Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yg dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yg dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat laju hingga membuatkan anda tidak sedar yg tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

(2)   Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?

Ya, selamat. Ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru. Semua peralatan bekam kami akan melalui proses steril selama 15 minit menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.



(3)   Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21 hb kalendar Islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.



(4)  Individu manakah yang dilarang keras berbekam?

Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, penghidap kanser darah, penghidap tekanan darah rendah serius, penghidap penyakit kulit serius, wanita hamil dan individu yang disahkan memiliki darah yang terlalu cair.



(5)    Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.



(6)   Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunah bila melakukannya?

Kaedah bekam darah.



(7)  Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam 2 minggu sekali.



(8)   Apakah pantang larang selepas berbekam?

Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.



(9)   Apakah tip sebelum datang berbekam darah?

Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dan keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.


 10) Bagaimana berbekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?


a) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.



b) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.



c) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

No comments:

Post a Comment