Sunday 24 February 2013

PENGENALAN


Assalamualaikum


Sukacita saya maklumkan bahawa saya ada menyediakan khidmat rawatan berbekam dengan kadar upah yang amat berpatutan. Barang2 bersteril dan menggunakan pen bekam dan jarum sekali guna terus buang. Barang2 yg telah dicuci dengan DETTOL kemudiannya akan dimasukkan ke dalam UV STERILIZER untuk proses nyahkuman,



Lokasi : Taman Lestari Putra, Seri Kembangan 

Saya juga ada menerima permintaan pelanggan yang ingin melakukan rawatan berbekam ke rumah anda. Sila telefon/sms saya terlebih dahulu untuk temujanji bagi menentukan kesesuaian masa/tarikh. Lokasi untuk saya ke rumah anda adalah sekitar Seri Kembangan,Serdang, Putrajaya dan Puchong.

Perubatan Tradisional Islam: Bekam Sunnah

Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)". Bekam Sunnah ini boleh mengubati pelbagai penyakit yang bersangkutan dengan masalah perjalanan darah yang tidak lancar.

Rawatan Berbekam

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan ini telah menjadi  amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra Mikraj. Sebagai orang Islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar tentunya.

Kenapa Disyorkan Berbekam?

Bekam adalah suatu cara menyingkirkan toksin dan angin berlebihan dalam badan. Jika tidak disingkirkan ia akan berkumpul hari demi hari dan akhirnya akan berlaku gejala kegagalan fungsi2 organ tubuh kerana paras toksin yg terlalu tinggi.

Nabi bersabda :

“Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api dan sungguh aku melarang umatku dari kay.”
                                               Hadis sahih (Shahihu Al-Bukhari, Ath-Thibb, Juz 1, hal 5680


Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, kerana itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.
Bekam ialah istilah Melayu yang bererti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.
Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan pakar jiwa.

No comments:

Post a Comment