Monday 25 February 2013

Kulit Kena Toreh Dengan Pisau Ke?




Apabila menyebut tentang berbekam, gambaran biasa adalah rawatan yang agak ‘mengerikan’. Bahagian tertentu pada padan ditoreh dengan pisau mengeluarkan darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam. Tentunya berasa kesakitan selain faktor terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain.


Biar pun begitu, bekam sememangnya popular bagi pesakit yang mahu mencuba rawatan alternatif mungkin disebabkan kos perubatan yang semakin meningkat.


Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam, bekam adalah rawatan mengeluarkan darah dari permukaan kulit untuk pengubatan dan mengekalkan kesihatan.


Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang tanpa menggunakan bahan kimia.


“Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan ( curative ) atau pencegahan ( preventive ) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.  Bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa. Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan atau basah atau bekam angin atau kering.

Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau sebaliknya kaedah tusukan dengan menggunakan pen lancet (jarum) yang jauh lebih selamat dan bersih.

No comments:

Post a Comment